Modul Latihan Peserta Tingkatan 1,2&3 Sesi Zoom Mokhdar

Hakcipta terpelihara | Sila buka melalui dekstop komputer untuk paparan yang lebih jelas

1. PENGENALAN

MINDA MEGA

1.1 Mathematical Secret Code

Bagi pelajar berumur 13 hingga 15 tahun, permainan kod rahsia bukan sekadar menyeronokkan — ia melatih cara fikir yang lebih matang, logik, dan tersusun. Pada usia ini, pelajar perlu lebih dari sekadar hafalan; mereka perlu belajar membaca corak, membuat strategi, dan menyelesaikan masalah dengan yakin. Kod rahsia Mokhdar membantu membentuk kemahiran ini dengan pendekatan yang unik dan menyeronokkan. Inilah modul yang menobatkan pengasas Mokhdar sebagai salah seorang daripada 10 genius Malaysia (Harian Metro, 2002). Kini, ia giliran anak anda membina Minda Mega — gabungan kekuatan memori dan kemahiran penyelesaian masalah tahap tinggi.

Kajian sokongan : Jaeggi, S. M., Buschkuehl, M., Jonides, J., & Perrig, W. J. (2008). Improving fluid intelligence with training on working memory. University of Michigan, USA & University of Bern, Switzerland. Brehmer, Y., Rieckmann, A., Bellander, M., Westerberg, H., Fischer, H., & Bäckman, L. (2011). Working-memory training in younger and older adults: Training gains, transfer, and maintenance. Karolinska Institutet, Sweden. Zhao, Y., et al. (2022). The effectiveness of cognitive training programs in improving cognitive functioning of children with working memory deficits.

1.2 Latihan Asas Kekuatan Memori

Latihan dalam bahagian ini dirangka khas untuk membantu pelajar berumur 13 hingga 15 tahun membina semula kekuatan daya ingatan dan ketajaman minda mereka.Ramai pelajar dalam usia ini mula tercicir bukan kerana tidak bijak, tetapi kerana maklumat mudah hilang dari ingatan dan sukar fokus semasa belajar. Bila ini berlaku, keyakinan mereka mula goyah, semangat belajar menurun, dan prestasi akademik semakin merosot.Namun dengan latihan yang konsisten dan pendekatan yang betul, anak tuan puan boleh mula mengingat dengan lebih mudah, memahami dengan lebih pantas, dan menyelesaikan soalan dengan lebih yakin.Setiap tahap yang mereka kuasai akan membina semula keyakinan — dan bila mereka mula rasa seronok kerana mampu ingat dan faham dengan cepat, itulah titik perubahan sebenar dalam hidup mereka.

2. Teknik Belajar Berkesan

NeuroGrip Technique

Ramai pelajar sebenarnya telah berusaha keras, namun masih gagal kerana tidak tahu cara belajar yang betul dan berimpak tinggi. Dalam modul ini, peserta akan diperkenalkan dengan teknik eksklusif yang dinamakan sebagai NeuroGrip Technique — iaitu strategi pecutan maksimum dan fokus berganda tinggi yang dirumus khas hasil kajian mendalam serta himpunan teknik belajar daripada pelajar-pelajar cemerlang seluruh Malaysia. Teknik ini dibangunkan oleh team Mokhdar sejak tahun 1991 melalui jelajah pendidikan ke sekolah-sekolah dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak. Dengan NeuroGrip , pelajar akan belajar lebih pantas, lebih jelas, dan lebih terarah — mengurangkan tekanan emosi belajar, tanpa rasa lemas, dan paling penting, dengan strategi yang telah terbukti berjaya menghasilkan keputusan cemerlang dalam tempoh yang singkat.

NeuroGrip 1 :

BBH Map

NeuroGrip 2 :

Traffic Light Method On BBH Map

3. MODUL OPERASI ASAS

Permantapan Darab 2 - 19

Jika anak anda di Tingkatan 1 hingga 3 masih lemah dalam sifir, itu bukan isu kecil. Mereka bukan sekadar lambat menjawab, tapi makin hilang keyakinan diri. Ramai yang kata, “Tak apa tak hafal sifir pun, kalkulator kan ada.” — tapi realitinya, topik seperti algebra, indeks, nisbah, dan persamaan linear perlukan darab pantas secara congakan. Tanpa asas ini, anak mudah keliru dan akan terus ketinggalan. Modul Permantapan Darab Mokhdar bantu anak kuasai sifir semula dengan teknik memori dan kod rahsia yang menyeronokkan — tanpa paksaan, tanpa tekanan. Bila sifir dikuasai, barulah Matematik jadi lebih mudah dan keyakinan mereka mula kembali."

Berikut adalah halaman panduan yang digunakan semasa kelas permantapan darab pada setiap Sabtu, jam 830pm - 930pm. Sila print mana yang berkenaan.

** Password (sulit) : 118018h

4. PROSES 'SCAN & FIX'

Proses Scan & Fix Matematik Pelajar Tingkatan 1,2&3.

Modul Scan & Fix khas untuk pelajar Tingkatan 1–3 yang masih lemah dalam pecahan dan algebra – punca utama ramai pelajar gagal Matematik. Ramai pelajar tak sedar yang mereka telah bawa kelemahan lama dari sekolah rendah, menyebabkan mereka sukar kuasai topik penting semasa di sekolah menengah seperti ungkapan algebra, hukum operasi, pemfaktoran, pengembangan, persamaan linear satu & dua pemboleh ubah serta aplikasi dalam masalah harian dan graf. Scan & Fix bantu imbas dan baiki kelemahan satu per satu dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan. Jangan tunggu semakin parah – mula perbaiki sekarang sebelum Matematik menjadi semakin sukar untuk dikuasai.

5. PENGUKUHAN

Teknik Persediaan Peperiksaan

Pengalaman menjawab soalan peperiksaan adalah satu fasa penting yang wajib dilalui oleh setiap anak yang benar-benar ingin berjaya dalam Matematik. Tanpa pendedahan awal, ramai anak akan panik, keliru dan tidak tahu cara menjawab — walaupun mereka sebenarnya sudah belajar topik-topik tersebut. Tekanan masa, format peperiksaan yang mencabar, dan kekeliruan dalam memahami kehendak soalan sering menjadi punca anak hilang markah dengan mudah. Tetapi bilamana anak diberi peluang untuk melatih diri menjawab soalan sebenar secara konsisten, mereka bukan sahaja jadi lebih bersedia, malah semakin yakin dan tenang di dewan peperiksaan. Rasa takut mula diganti dengan rasa seronok dan puas hati setiap kali mereka dapat menjawab dengan yakin. Inilah pengalaman yang membina kekuatan dalaman anak.

Persediaan 1 : Rukun Skor A Matematik

Persediaan 2 : Formula 4+1

Perlukan Bantuan?

Hubungi 0122563024 untuk bantuan lanjut

LOKASI (SEMENTARA)
HUBUNGI

Phone: +60122563024

Email: [email protected]

LOKASI

45 Jalan Desa 4/14 Taman Pulai Indah

81110, Johor Bahru, Johor
(Alamat sementara)

COPYRIGHT © 2025. All Rights Reserved.