Ditubuhkan sejak 1991, Kaedah Mokhdar adalah suatu kaedah yang amat mudah yang bakal menghasilkan kekuatan memori yang luar biasa terhadap input-input mathematical yang menjadi antara teras penting di dalam pemikiran sains, matematik & kejuruteraan dan menghasilkan kelajuan akses yang luar biasa terhadap input-input mathematical dan input-input lain yang tersimpan di dalam minda, membawa kepada kemahiran penyelesaian masalah ke peringkat tertinggi.
Kekuatan memori yang luar biasa dan kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi ini bakal menghasilkan minda baru yang antaranya boleh dilihat seperti berikut :
1. Anak kecil seawal usia empat ke lima tahun yang mampu menguasai fakta matematik asas seperti darab asas.
2. Minda biasa yang mampu mengingat nombor kad pengenalan sepanjang 12 digit dengan hanya seimbas pandang menggunakan masa kurang dari 1 saat.
Ini bererti segala input di dalam pembelajaran sains (sama ada sains tulis seperti fizik, kimia dan biologi, atau sains lain seperti sejarah, geografi, linguistik dsb) dan matematik (bagi semua cabang matematik) bukan sahaja boleh diingat mudah tetapi juga dapat dianalisa dan diorganisekan dengan jauh lebih mudah. Minda juga jadi lebih fokus kerana ia hanya perlu melakukan tugas memahami apa yang dibaca atau dilakukan tanpa perlu melakukan tugas-tugas menghafal yang menyebabkan kekusutan dan kebekuan minda.
Kelajuan akses yang luar biasa pula menghasilkan kecepatan menyelesaikan masalah, mengambil contoh yang paling mudah, darab sehingga tiga atau empat digit didarab dengan satu digit, seperti 667 × 6 = 4002, atau sehingga dua digit didarab dengan dua digit, seperti 67 × 48 = 3216, boleh dicongak oleh minda biasa secepat kilat tanpa menggunakan apa-apa alat tulis, alat bantuan mengira atau sebagainya, dan tanpa perlu menggunakan apa-apa cara mengira lain selain daripada cara mengira yang biasa diajar di sekolah.
Kecepatan mengira pada kelajuan melebihi kelajuan penggunaan kalkulator, serta tanpa perlu melalui tempoh latihan mengira yang keterlaluan ini mengurangkan beban minda dan tenaga di dalam menguruskan penyelesaian masalah-masalah matematik pada tahap yang lebih tinggi. (Ia mungkin menghasilkan kesan counter-productive jika kemahiran mengira seperti ini hanya mampu diperoleh dengan melakukan aktiviti latih tubi yang luar biasa sehingga mensesiakan masa yang sepatutnya diberi kepada aktiviti kefahaman menerusi bacaan atau latihan untuk subjek-subjek yang jauh lebih penting di dalam pembelajaran sains dan matematik).
Makhtar Mansor, berkelulusan LLB (Hons), Universiti Malaya, pernah bertugas sebgai Penolong Penggubal Undang Undang Parlimen, Majistret Kanan Teluk Intan, Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Malaysia bagi negeri Kedah dan akhir sekali Pegawai Undang-Undang Pertama Mahkamah Agung Malaysia ( the First Legal Officer of the then Supreme Court).
Makhtar meletak jawatan pada Nov 1993 untuk beri sepenuh perhatian kepada usaha menyebar idea dan penemuannya yang antaranya telah hasilkan Kaedah Mokhdar, kaedah yang kini telah amat terbukti keberkesanannya dan telah lonjakkan prestasi ribuan individu di semua tahap usia dan pengajian dan dalam semua bidang pengajian dan pekerjaan.
Nur Izham Makhtar, merupakan anak kepada pengasas Kaedah Mokhdar dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berpengalaman lebih 20 tahun secara langsung dan tidak langsung dalam industri pendidikan terutama dalam penguasaan Matematik & Sains (Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dll). Bertanggungjawab dalam menyusun modul silibus, dan merupakan jurulatih utama kepada tutor Mokhdar yang dihantar ke seluruh Malaysia sekitar 2008 - 2010 sebelum fokus terarah kepada pembukaan cawangan Mokhdar di Johor Bahru.
Pernah mewakili Malaysia di sebuah acara di The Minds, Wonderland (1997) yang telah menghimpunkan peserta dari pelbagai negara. Beliau mempamerkan kemahiran kekuatan memori Mega dengan hafalan rumus Fizik, formula Kimia, Addmath dan kemahiran penyelesaian masalah peringkat menengah walaupun ketika itu baru berusia 8 tahun, dan mendapat liputan media tempatan seperti Radio 1, TV1, TV3, majalah Remaja dan banyak lagi.
Kini beliau bergiat secara aktif dalam menyebarkan idea Kaedah Mokhdar kerana percaya, sekiranya sang 'slow learner' seperti beliau mampu menggenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan, apatah lagi mereka yang sememangnya dilahirkan pintar
Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.