TESTIMONI PENGGUNA

Kaedah Mokhdar

Penafian : setiap hasil yang diperoleh adalah bergantung pada tahap usaha peserta dalam mengamalkan Kaedah Mokhdar, ibubapa, sekolah, pemakanan dan keadaan persekitaran serta apa jua faktor yang terlibat dalam membantu tahap kecemerlangan anak-anak sudah semestinya turut mempengaruhi. Hasil adalah berbeza mengikut individu

"PROGRAM INI MEMBERI SUMBANGAN BESAR KEPADA PENINGKATAN AKADEMIK ANAK-ANAK SAYA.."

Mohd. Ridzuan, ketika itu 12 tahun, dan Mohammad Firdaus, ketika itu 10 tahun adalah pelajar sederhana. Setelah jalani Bengkel Intensif Mokhdar, mereka alami kemajuan dalam akademik dan keduanya dapat semua A dalam pelajaran dan sambung ke SMK Dato’ Ahmad Mahir. Lepas itu Mohd. Ridzuan lanjutkan pelajaran ke MRSM Kuantan manakala Mohd. Firdaus pula ke SMK Sultan Sulaiman iaitu sekolah kluster.

Mohd. Ridzuan, ketika itu 12 tahun, dan Mohammad Firdaus, ketika itu 10 tahun adalah pelajar sederhana. Setelah jalani Bengkel Intensif Mokhdar, mereka alami kemajuan dalam akademik dan keduanya dapat semua A dalam pelajaran dan sambung ke SMK Dato’ Ahmad Mahir. Lepas itu Mohd. Ridzuan lanjutkan pelajaran ke MRSM Kuantan manakala Mohd. Firdaus pula ke SMK Sultan Sulaiman iaitu sekolah kluster.

Othman bin Ibrahim

pesara kerajaan

"RESULT PEPERIKSAAN SAYA BERUBAH MENDADAK"

Akmal Asyraf Bin Yahya mula mempelajari Kaedah Mokhdar ketika berumur 9 tahun iaitu pada tahun 1998. Akmal yang amat lemah dan sangat benci Matematik telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar yang ketika itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat. Harapan kedua ibu bapa Akmal ialah untuk mengatasi kelemahan ketara Akmal di dalam Matematik.

Seorang cikgu Matematik di sekolah pernah berkata kepada Akmal "Semua latihan pun tak boleh buat! Apa yang hang tau?"

Setelah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar selama 7 hari, Akmal mula menunjukkan minat mendalam terhadap subjek Matematik, subjek yang sangat dibencinya dahulu. Keputusan peperiksaan Akmal mula berubah secara mendadak. Kalau dulunya Akmal selalu gagal tetapi dia mula mendapat gred lulus dan akhirnya Akmal sentiasa memperolehi keputusan cemerlang di dalam Matematik.

"Selepas mempelajari Kaedah Mokhdar, saya mula merasakan Matematik ini sebenarnya menyeronokkan. Malah, subjek Matematik bukan lagi suatu bebanan yang menggerunkan dan saya mudah untuk menangkap (catch-up) apa yang diajar oleh cikgu-cikgu di sekolah, " cerita Akmal ketika ditemuramah oleh wakil Kaedah Mokhdar di sebuah restoran di Kota Bharu, Kelantan.

"Saya akui, saya hanyalah seorang pelajar yang sederhana dan bukanlah di dalam kategori pelajar yang pandai berbanding rakan-rakan yang lain tetapi alhamdulillah, dengan bantuan Kaedah Mokhdar serta dedikasi guru-guru di sekolah, saya mula mendapat keputusan-keputusan cemerlang yang tidak saya duga sebelumnya. Ketika UPSR dulu, saya sasarkan gred C sahaja tetapi terkejut kerana mendapat A. Mak pun terkejut dengan keputusan saya kerana di antara adik beradik yang lain, saya yang paling banyak kena denda. Sejak itu saya tidak menoleh ke belakang. Saya berusaha sungguh-sungguh mengikut kemampuan saya dan mengamalkan Kaedah Mokhdar dengan tekun, alhamdulillah, saya mendapat gred A semasa PMR dan SPM."

"Disebabkan menjadi terlalu minat, saya ambil juga subjek Matematik untuk kelas tambahan (tuition) di luar walaupun sebenarnya saya tidak perlu kerana Matematik bukanlah menjadi suatu masalah kepada diri saya lagi. Pelajaran yang lain juga turut meningkat kerana saya sudah mempunyai lebih banyak masa untuk mempelajari subjek-subjek lain."

Tambah Akmal,

"Saya amalkan Kaedah Mokhdar sehingga ke peringkat universiti. Bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi saya guna Kaedah Mokhdar di dalam urusan seharian seperti menyebut nombor-nombor telefon, nombor akaun bank, kad pengenalan dan sebagainya yang melibatkan angka. Baru-baru ini, ketika pilihanraya yang ke 13, saya gunakan Kaedah Mokhdar untuk ingat nombor siri kertas undi yang mempercepatkan pencarian nama dan proses pengundian."

Akmal kini berusia 23 tahun dan merupakan seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara Kota Bharu Kelantan di dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Kewangan). Kisah Akmal dirakamkan pada 12 Mei 2013 yang lalu

Akmal Yahya

Penuntut Pengurusan Perniagaan (Kewangan), UiTM Kelantan

"SEBELUM INI, MEREKA KURANG KEYAKINAN DIRI"

Siti Fatimah bt. Mohd Zain, anak pasangan guru iaitu En. Mohd Zain b. Abd. Karim (Penolong Kanan, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River dan Pn. Rusilah bt. Abd. Rahman, Guru Kanan Bahasa, SMK Slim River, menghantar tiga orang anak sertai bengkel intensif kaedah Mokhdar semasa dijalankan di Slim River pada 1993. Sejak itu mereka sekeluarga terus mempraktikkan kaedah Mokhdar dalam pelajaran dan dalam kehidupan seharian.

Nombor pin bank, nombor matrix, nombor kenderaan, nombor kad pengenalan dsb semuanya mudah diingat dan menceriakan mereka menerusi sebutan dalam kaedah Mokhdar. Menurut pasangan ini, kaedah Mokhdar telah menukar mereka jadi berani, berkeyakinan tinggi dan pantas dalam menyelesaikan masalah matematik. Sebelum itu mereka takut dan lambat terutamanya anak pertama yang sangat lemah dalam Matematik. Dengan kekuatan dan keyakinan diri yang diperoleh setelah menyertai bengkel kaedah Mokhdar ini, bukan sahaja berlaku peningkatan yang amat ketara dalam subjek matematik tetapi juga dalam semua subjek lain. Pasangan guru ini melihat sendiri akan perubahan ketara anak-anak sejak mengikuti bengkel kaedah Mokhdar ini.

ANAK PERTAMA:

Muhammad Fathi b. Mohd Zain (19 tahun)

Lemah dalam subjek Matematik dan semua subjek yang mengandungi banyak elemen angka dan simbol. Selepas jalani bengkel Mokhdar, tiba-tiba dapat mengingat input angka dalam masa yang amat pantas dan dalam jumlah yang amat banyak. Dalam UPSR (belum sertai bengkel), Matematik dapat D. Dalam PMR (selepas sertai bengkel), Matematik dapat A. Dalam SPM, Matematik B, Sains A, Sejarah A, Matematik Tambahan D dan dalam SPM, Fathi mendapat 5A. Sejajar dengan minatnya yang amat mendalam terhadap subjek-subjek Sejarah, Bahasa Arab dan Al-Quran, Fathi kini belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang berkaitan Agama Islam.

ANAK KEDUA:

Muhammad Farid b. Mohd Zain (17 tahun).

Menurut Pn.Rusilah, selepas menguasai kaedah Mokhdar dia tidak pernah takut dengan subjek Matematik lagi. Dalam keluarganya dia adalah anak yang paling aktif dalam sukan, misalnya menjadi juara Kejohanan Badminton Daerah Batang Padang, juara Kejohanan Squash Daerah Batang Padang, mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak (sebagai penyerang), menjadi jurulatih Taekwando dan mewakili sekolah dalam acara hoki dan bola tampar, dan mengulangkaji pelajaran ketika peperiksaan PMR masih tinggal hanya kira-kira sebulan lagi. Namun, Farid masih mampu meraih 7A dalam peperiksaan PMR.

ANAK KETIGA:

Siti Fatimah bt. Mohd Zain (15 tahun).

Pelajar SMKA Slim River ini merupakan anak yang paling cemerlang dalam pelajaran dan juga dalam aktiviti kepimpinan. Dengan mempraktikkan kaedah Mokhdar, Fatimah memiliki kebolehan mengira pantas dan mengingat angka sehingga 150 digit dalam masa yang amat pantas. Dalam Matematik, Fatimah sentiasa mendapat 96 peratus ke atas dalam subjek Matematik, dan dilantik menjadi guru muda untuk mengajar rakan-rakan yang lemah dalam Matematik. Pada Sabtu 25hb Julai 2009, Fatimah ke Kuala Lumpur ditemani oleh ibu bapanya menerima anugerah Naib-Johan, Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Terbilang (Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2009. Dalam peperiksaan percubaan PMR di sekolahnya baru-baru ini, Fatimah mencatatkan keputusan 9A

En. Mohd Zain, dan Isteri

Penolong Kanan, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River

"TAHNIAH KERANA TELAH BERJAYA MENDIDIK DAN MEMANDAIKAN RAMAI ANAK BANGSA "

Saya telah menghantar 2 orang anak saya (ketika itu Syazli Adam (13 tahun) dan Syazrul Harris (10 tahun) menghadiri program Mokhdar pada November 2011 pada mulanya untuk meningkatkan kemahiran matematik masing-masing. Setelah pulang peningkatan pelajaran mereka berdua terutama subjek matematik terus ketara. Syazrul Harris yang mulanya tidak minat dan paling perlahan di dalam menerima ilmu matematik juga telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap subjek tersebut.

Justeru, pada bulan Disember 2011 saya telah menghantar mereka berdua ikuti program susulan. Abang mereka Muhamad Syazwan (ketika itu 15 tahun di MCKK) juga kali ini turut serta. Semenjak itu, Alhamdulillah ketiga-tiga sentiasa mendapat A di dalam subjek matematik . Dengan semangat dan motivasi yang tinggi, pada bulan Mac 2012 sekali lagi, Syazli Adam dan Syazrul Harris menghadiri program khas BISM (kali ke-3) bagi menggilap lagi kemahiran analatikal mereka.

Saya dapati semenjak hadiri program BISM anak-anak saya tidak lagi gentar atau gerungt prof shamsul family dengan nombor. Malah dari segi keperibadian mereka saya nampak tahap keyakinan dan juga ‘self-esteem’ juga meningkat. Ini dapat dilihat apabila mereka selalu jadi bahan rujukan ketika di sekolah-sekolah yang mereka hadiri (Syazli Adam telah berpindah dari Sekolah S. M. Subang Bestari, Selangor ke S.M. Sultan Sulaiman, KT dan seterusnya MRSM K . Terengganu manakala Syazrul Harris dari S.K. Subang Bestari, Selangor ke S.K. Gong Badak dan Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiah, Terengganu)). Syazrul Harris yang begitu minat sekali dengan matematik telah beberapa kali menyatakan hasrat beliau untuk terus fokus mendalami ilmu matematik dan bercita-cita suatu hari nanti akan menjadi pakar matematik.

Saya juga nampak keseronokan mereka apabila sesama mereka selalu saling berlawan menguji kemahiran matematik masing-masing menggunakan kaedah Mokhdar. Saya juga selalu menguji mereka dengan memberi ‘ganjaran’ jika mereka dapat menjawab soalan matematik komplek dari saya dalam masa singkat dan mereka menjawab dengan mudah. Malah semua pin-pin nombor streamyx, Unifi, P1 termasuk juga nombor-nombor kad kredit dan akaun bank saya dan isteri) mereka hafal dan ingat dengan senang. Saya nampak perubahan cara berfikir anak-anak saya meningkat setelah mereka menguasai beberapa kaedah BISM. Cara mereka menyelesaikan masalah (problem solving) juga meningkat dan nampak lebih matang. Saya berbangga dengan pencapaian mereka kerana saya sendiri tidak mempunyai kemahiran tersebut. Malah peluang sebegini memang tidak ada di zaman saya. Saya sememangnya mengsyorkan kepada semua ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak masing-masing meningkatkan potensi mereka dengan menghadiri program BISM. Kali ini di Terengganu, Syazli Adam, Syazrul Harris begitu teruja sekali untuk kuti program BISM ke-4 mereka. Isteri dan anak bongsu saya (8 tahun) akan turut serta buat pertama kalinya InsyaAllah

Shamsul Bahri Abd Razak

Associate Professor, Universiti Malaysia Terengganu

"SAYA GEMBIRA DENGAN PENCAPAIAN ANAK KINI"

“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana telah dipertemukan dengan En.Mokhtar dan telah diperkenalkan dengan sistem yang telah banyak membantu anak saya, Rabiatul Adawiyah bt Rosli. Anak saya bermula dari 0 -2 markah setiap kali ujian Matematik sejak di sekolah menengah. Setelah jumpa Mokhtar yang ketika itu sedang membuat roadshow di Kuantan, tergerak hati saya untuk hantar Rabiatul ke Rawang, selama 7 hari di bawah bimbingan Mokhtar sendiri. Saya amat berbangga dengan pencapaiannya dalam SPM (B+ untuk Matematik).

Perubahan inilah yang mendorong saya untuk menghantar anak saya yang seterusnya mengikuti program ini. Rabiatul pula masih lagi mengikuti latihan perguruan di Institut Perguruan Batu Rakit (TESL). Yang amat membanggakan saya ialah Rabiatul masih lagi praktikkan sistem Mokhdar dalam tugasan harian beliau sebagai seorang bakal guru."

(Catatan: Puan Mashitah binti Leh mengajar Bahasa Malaysia di SK Sungai Isap manakala suami beliau, Rosli bin Osman, adalah Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti, Majlis Bandaran Kuantan. Kenyataan di atas ditulis oleh Mashitah dan disiar sepenuhnya tanpa diedit. Tarikh gambar dan kenyataan diambil: 30hb Jan 2015)

Puan Mashitah

Guru Bahasa Malaysia SK Sungai Isap

"ANAK SAYA ALAMI PENINGKATAN YANG KETARA.."

En. Badrul Hisham bin Mad Ghani, dari Manir, Kuala Terengganu, berkejar dari Besut pulang ke Manir untuk bertemu Mokhtar dalam satu sesi seminar / bengkel pengenalan Mokhdar agar tidak terlepas peluang ikuti penerangan dan seterusnya daftar anak-anak untuk jalani Bengkel Latihan Mokhdar di Kuala Terengganu.

Beliau yang merupakan seorang kakitangan Petronas di Paka memberitahu,

"Anak saya, Ahmad Hafizi Safwan, masa di sekolah rendah dulu lemah dalam pelajaran. Subjek lain o.k. tapi matematik selalu gagal. Saya dapat tahu kakak ipar saya ikuti BISM dan beritahu saya yang dia rasa syukur kerana dapat ikuti program itu dan mahu ajar anak-anak dia praktik kaedah Mokhdar. Saya minta dia ajar anak saya sama. Anak saya selalulah ke rumah dia belajar Mokhdar dari dia. Tak lama lepas itu saya lihat anak saya terus alami perubahan mengejut, dari gagal terus dapat A dan hingga sekarang terus dapat A. Dalam PMR baru-baru ini dia juga dapat A untuk Matematik dan Sains dan sekarang dia di Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik di Wakaf Tembusu. Semasa di rumah saya lihat dia terus praktik kaedah ini dan suruh ajar adik-adik dia. Bagaimanapun katanya dia tak begitu tahu macam mana nak jadikan adik-adiknya cekap dengan kaedah ini. Sebab itu, di samping mendaftar anak-anak, saya sendiri mahu turut jalani program seminggu ini. Jika saya tak dapat cuti, isteri saya pula yang akan ikuti program ini.”

En. Badrul Hisham

kakitangan Petronas Paka

"3 tahun kami simpan rahsia"

“Adam lahir tak cukup bulan, alami hypoxia, biru lebam seluruh tubuh masa lahir. Sebab itu Adam tidak secergas adiknya, Azim. Dalam kelas biasa dapat nombor 9 atau 10. Matematik sekadar B. Bila baca iklan tentang BISM yang dijadualkan seminggu di KB pada Disember 2011, saya hantar Adam, sekadar mencuba. Masa itu Adam di Tahun 3.”“Dalam ujian penggal pertama di Tahun 4, Adam dapat nombor 1! Macam tak percaya, dalam pada itu saya sebak – terharu. Sejak itu hanya sekali Adam dapat nombor 2, selainnya semua nombor 1, dengan Matematik sentiasa 100%.”

“Cikgu-cikgu di sekolah terkejut – sebab ledakan keputusan matematiknya terlampau tinggi berbanding rakan-rakan, dan berbanding prestasi Adam sebelum- nya. Sampaikan guru matematiknya, Cikgu Hasnah, bertanya akan rahsia Adam. Adam beritahu yang dia hadiri BISM, dan pinjamkan cikgu buku Mokhdar. Cikgu Hasnah baca tapi tak faham, dan berkali-kali minta Adam mengajarnya. Akhirnya Adam beritahu beliau, yang jika ajar pun, cikgu tak akan faham dan cikgu kena hadiri sendiri.

Di awal Tahun 5, kami tukarkan Adam ke sekolah agama, bagaimanapun 7 bulan kemudian kami pindah-kan Adam ke sekolah tersebut semula dan rakan-rakan sekelas bersorak gembira menyambut kepulangan Adam.”

“Dalam UPSR baru-baru ini, cikgu menyemak bersama Adam jawapan yang Adam beri, didapati untuk kertas 1, jawapan Adam ialah tepat 40/40 tetapi untuk kertas 2, Adam salah untuk satu soalan. Memang A dalam tangan, namun disebabkan soalan UPSR bocor, seperti semua calon lain, Adam terpaksa duduki sekali lagi. Namun Adam tidak risau kerana matematik adalah subjek mainan (forte subject) baginya.”

“Kami dapati sejak hadiri BISM, Adam jadi amat fokus dan prestasinya dalam semua subjek lain melonjak tinggi. Tidak sebagaimana di Tahun 1, 2 dan 3 dulu, kini Adam antara pelajar yang paling cemerlang.”

“Sebenarnya sebelum ini kami tidak mahu dedahkan rahsia Adam walaupun ramai rakan-rakan yang bertanya tentangnya, kerana kami khuatir yang perubahan mendadak Adam hanya bersifat sementara. Tiga tahun kami simpan rahsia. Tetapi kini, selepas dapati yang prestasi Adam terus mantap, rasa bersalah pula jika tidak didedahkan kepada rakan-rakan. Lebih- lebih lagi kami mahu hantar adik Adam pula. Adam memang ajar adiknya kaedah ini, tetapi manakan sama dengan program anjuran pengasasnya sendiri

Adam & Azim

Kota Bahru, Kelantan

"SEJAK ITU DIA SENTIASA BERADA DI TEMPAT PERTAMA"

Dalam sesi taklimat dan demonstrasi Kaedah Mokhdar di Sekolah Rendah Islam al-Hikmah, Tanjung Mas pada 6hb Okt 2012, Puan Kamariah bt Awang, ibu kepada Amir bin Ariffin, yang kini siswa Ijazah Kejuruteraan Komputer di McMaster University of Canada, memaklumkan kepada hadirin betapa Amir menjadi pelajar paling cemerlang dalam kelas setelah ikuti program Bengkel Intensif Mokhdar Seminggu yang dijalankan di SRI Aman, Kota Bharu, semasa beliau di Tahun 4 dulu.

Memanglah Amir sentiasa dalam kelas terbaik tetapi tidaklah dalam ranking teratas. Ranking terakhir Amir sebelum sertai bengkel Mokhdar ialah nombor 27. Bagaimanapun perubahan mengejut berlaku setelah sertai bengkel Mokhdar di mana Amir melonjak ke tempat pertama dan sejak itu sentiasa di tempat pertama. Seterusnya Amir dapat 5A UPSR, 8A PMR dan 9A1 SPM.

Puan Kamariah bt Awang

Sekolah Rendah Islam al-Hikmah, Tanjung Mas

"Nombor ke 27 terus ke nombor 7!"

Peperiksaan pertengahan tahun (Ogos) : Nombor ke 27. Cuti pertengahan tahun (Sept) : Sertai Bengkel Mokhdar. Peperiksaan akhir tahun (Okt) : Nombor ke 7!Pelajar SK Tok Jiring, Wan Nur Aleesya Sofia, dan adiknya, Wan Nur Anis Syamimi, dari sekolah yang sama, dihantar oleh ayah, Wan Mokhtar bin Wan Tengah, bertugas di pelantar minyak, dan ibu mereka, Siti Rohani binti Embong, suri rumah.

Menurut Siti Rohani, beliau hampir tidak percaya yang, dengan menghadiri Bengkel Mokhdar hanya sekali, prestasi Aleesya melonjak serta-merta dan berubah kedudukan dalam kelas daripada nombor 27 ke nombor 7. Begitu juga dengan adik Aleesya yang kini begitu minat belajar bukan sahaja subjek matematik tetapi juga semua subjek lain. Kalau tidak kerana telah membaca begitu banyak testimoni lonjakan kecemerlangan pelajar selepas ikuti Bengkel Mokhdar, beliau sudah tentu masih mencari kepastian sama ada Mokhdar adalah punca perubahan mengejut anak-anaknya

Wan Mokhtar Wan Tengah

Bertugas di Offshore

"Cikgu sahkan anak saya banyak berkhayal dalam kelas & tak banyak buat latihan. Tetapi.."

"Anak sulong saya, Muhammad Ammar bin Rosdey, dilahirkan di Sarawak, tapi membesar di Perth, Australia. Kami sekeluarga ke Perth kerana ikut suami - Rosdey Salleh, atas urusan kerja yang bertugas di Tourism Malaysia.

Beberapa tahun kemudian, kami sekeluarga pulang ke Malaysia. Bila masuk ke sekolah rendah di Malaysia, yang memeningkan saya, Ammar ni pelat aussie & kadang- kadang dia lambat faham apa yang cikgu ajar di sekolah..

Bayangkan, markah matematik mid yr Ammar semasa darjah 4 cuma 40.. mak mana yang tak pening? Dan cikgu kelas sahkan Ammar banyak berkhayal dalam kelas & kurang latihan. Cari punya cari, Alhamdulillah, jumpa iklan di fb pasal Kaedah Mokhdar. Saya hantar Ammar join program seminggu, termasuklah adik-adik dia sekali. Syukur alhamdulillah sangat-sangat, keputusan peperiksaan UPSR (kini telah dimansuhkan) Ammar dapat 5A walaupun sebenarnya kami tak letak harapan yang tinggi.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Kaedah Mokhdar & guru-guru sekolah yang mengajar, kerana memberi keyakinan kepada Ammar untuk berjaya dalam pelajaran.."

Pn. Azma

Putrajaya

"Kami puas hati.."

“Nampak jelas perbezaan anak kami, Umarul Hakim bin Jalaluddin, Tahun 3 SK Pandan, setelah jalani BISM lima hari dari 19hb ke 23hb Sept (sambung pada 7hb dan 8hb Nov 2015). Sebelum ini, belajar tampak membosankan baginya tapi sekarang tidak lagi. Walaupun dia masih tak ulangkaji pelajaran di rumah tapi prestasi meningkat di mana resultnya ialah A+ untuk semua subjek. Kami amat puas hati dengan kaedah dan program ini.”..

“Seronok kami lihat telatahnya dengan kakaknya di rumah. Kakaknya yang merupakan pelajar cemerlang di Ting.4 MRSM Kuala Lipis, dan top math dan math tambahan, ‘jealous’ dan ‘menyampah’ kerana asyik ditewaskan Umarul Hakim dalam kepantasan jawab sifir yang libatkan banyak angka.”

Testimoni di atas ditulis oleh Irnyyanti Januddin@Ibrahim, ibu Umarul Hakim bin Jalaluddin, peserta sesi 2015.

Irnyyanti Januddin

Ibu Umarul Hakim

"SAYA BERJAYA PEROLEH IJAZAH KELAS PERTAMA DALAM MATEMATIK.."

Semasa bersekolah, saya pelajar yang performed. UPSR dapat straight A. Sungguh begitu, ceramah 1½ jam oleh pengasas Kaedah Mokhdar, di sekolah saya iaitu SMK Dato’ Ahmad Maher di Kota Bharu, pada 1998, ketika di tingkatan 2, telah benar- benar jadikan matematik dan seterusnya matematik tambahan dan fizik sebagai subjek yang benar-benar amat mudah bagi saya

Malah subjek-subjek lain juga jadi jauh lebih mudah. Pastinya ini berlaku kerana lonjakan kekuatan memori saya terhadap angka yang saya miliki selepas mempraktikkan Mokhdar yang saya pelajari dalam ceramah tersebut. Segala macam angka seperti nombor kereta, nombor telefon, nombor akaun, formula, hasil operasi matematik dsb, amat mudah saya ingat.

Bukannya saya niat nak hafal, dan saya memang tak hafal, tetapi input-input demikian tersemat dalam memori saya secara mudah dan spontan. Saya dapat ijazah kelas pertama dalam bidang matematik dan membantu ramai rakan dalam memahami dan menyelesaikan masalah-masalah matematik yang diberi oleh guru dan pensyarah. Kini saya mengajar matematik dan matematik tambahan di SMK Astana, Kuantan. Pada 29hb Julai 2015, saya berpeluang ikuti ceramah oleh Mokhtar sekali lagi, kali ini ketika saya telah jadi guru. Jelas bahawa kaedah ini kini jauh lebih canggih daripada apa yang saya pelajari dulu, dengan aplikasinya mencakupi semua bidang matematik dan sains, termasuk sains sejarah malah sains wahyu. Persembahan Mokhtar juga jauh lebih mantap dan masa lebih kurang dua jam yang diperuntukkan adalah sarat dengan maklumat dan memberi inspirasi yang tinggi kepada pelajar malah juga guru bagi meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tugas masing-masing."

Puan Nurul Fakhriah

Guru Matematik Tambahan di SMK Astana, Kuantan, Pahang

"SEBELUMNYA SAYA ADALAH PELAJAR 'GALUS'.."

“Sebelumnya saya adalah pelajar ‘galus’ (gagal-lulus) dan sering mendapat nombor tercorot dalam kelas.” Saya ikuti program Mokhdar pada 2012. Saya amat berpuas hati dan alami perubahan prestasi yang mendadak.

Sebelumnya saya adalah pelajar ‘galus’ (gagal-lulus) dan sering dapat nombor tercorot dalam kelas. Tetapi sekarang alhamdulillah, dengan software’ Mokhdar yang telah ditanam (‘installed’) ke dalam minda, daya memori saya melonjak dahsyat dan pencapaian di dalam dan di luar kelas lebih memberangsangkan. Terima kasih Mokhdar”

.

Nota oleh : Nur Ailaa bt Borhan,

bekas pelajar SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, yang kini siswa Tahun 2, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Nur Ailaa dapat 9A dalam peperiksaan SPM yang diduduki pada 2013. Keluarga Nur Ailaa kunjungi Mokhtar di Rawang untuk dapatkan khidmat kepakaran membantu abang Nur Ailaa, Azhad,, siswa Perubatan di Tahun 2, Universiti sandariah, Mesir, dalam mengurus dan mengingat mudah istilah dan anatomi tubuh manusia bagi melonjakkan kecekapan belajar beliau

.

“Program ini amat berkesan dan hasilkan kelekaan belajar dan lonjakan memori yang amat ketara, bukan sahaja untuk ungkapan mathematical tetapi juga istilah atau ungkapan lain. Bayangkan, anatomi anggota dalam badan, misalnya upperlimbs, boleh diingat ratusan kali jauh lebih mudah. Begitu juga dengan kosa kata (vocabulary), di mana ratusan perkataan boleh disimpan secara mudah dan bersahaja setiap hari tanpa letih dan haus tenaga disebabkan aktiviti menghafal berlebihan.

.

Amat membantu bukan sahaja bagi siswa perubatan seperti saya tetapi juga bagi sesiapa sahaja yang ingin melonjakkan kecekapan berbahasa bagi apa jua bahasa, misalnya, bahasa Inggeris, dalam masa yang pantas.”

.

Demikian penerangan Azhad kepada dua kenalan keluarga yang berkunjung untuk dapatkan info tentang program ini, pada hari keenam sesi latihan, yang dikendalikan khusus untuk Azhad dan abang beliau, Su, di Bilik Mesyuarat SPA (SPA yang berpandukan kepada prinsip Islam) milik keluarga ini iaitu Ainaa-Ailaa Group Sdn Bhd, No 8, Jalan 4/11, Fasa 4 ambahan, Bandar Baru Bangi.

.

Su yang merupakan siswa Universiti Madinah di Arab Saudi, turut sama mengakui keberkesanan kaedah ini yang akan memberi bantuan yang amat bermakna dalam melaksanakan tugas tugas seorang mahasiswa dan sebagai seorang yang berkarier setelah tamat pengajian nanti.

.

Gambar : Borhan bin Ahmad, seorang Pegawai Kanan Kastam (dua dari kiri), isteri Borhan iaitu Norulnaha bt Abd Razak (kanan sekali) dan anak-anak mereka iaitu Muhd.Sufi (kiri sekali), Muhd.Azhad (tiga dari kanan) dan Nur Ailaa (dua dari kanan).

Nur Ailaa bt Borhan

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Wade Warren

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Eleanor Pena

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Dianne Russell

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Wade Warren

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Eleanor Pena

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Floyd Miles
LOKASI (SEMENTARA)
HUBUNGI

Phone: +60197515030

Email: [email protected]

LOKASI

45 Jalan Desa 4/14 Taman Pulai Indah

81110, Johor Bahru, Johor
(Alamat sementara)

COPYRIGHT © 2024. All Rights Reserved.