Modul Latihan Peserta 8 & 9 Tahun Sesi Zoom Mokhdar

Hakcipta terpelihara | Sila buka melalui dekstop komputer untuk paparan yang lebih jelas

1. PENGENALAN MINDA MEGA

1.1 Mathematical Secret Code

Aktiviti membaca dan bermain kod rahsia bersama keluarga bukan sekadar membina masa berkualiti, tetapi satu bentuk terapi minda yang mampu menguatkan ingatan dan kemahiran menyelesaikan masalah — asas penting dalam membina Kekuatan Minda Mega. Anak-anak berumur 8 dan 9 tahun yang dibiasakan dengan permainan kod rahsia bukan sahaja menjadi lebih tajam dengan nombor, tetapi juga lebih yakin, lebih berani mencuba, dan lebih seronok apabila belajar Matematik. Dengan pendekatan yang menyeronokkan dan tidak menekan, anak-anak tidak lagi melihat Matematik sebagai beban — tetapi sebagai satu dunia penuh rahsia yang seronok diterokai bersama ibu bapa. Ini secara tidak langsung membantu dalam mengatasi masalah mathematical anxiety , membina semangat belajar yang sihat, dan berkeyakinan tinggi

Kajian sokongan : • Jordan, N.C. et al. (2009). Number sense growth in kindergarten: A longitudinal investigation of children at risk for mathematics difficulties. Child Development Journal , University of Delaware, Newark, Delaware, USA. • Butterworth, B. (2005). The development of arithmetical abilities. Journal of Child Psychology and Psychiatry , University College London, London, United Kingdom.

1.2 Latihan Asas Kekuatan Memori

Latihan dalam bahagian ini dirangka khas untuk menggandakan kekuatan daya ingatan anak anda. Semakin tinggi tahap yang berjaya dihafal, semakin kuat memori mereka terbina. Dan apabila daya ingatan anak semakin kukuh, daya fokus dan kecerdasan minda mereka juga meningkat secara menyeluruh. Minda yang cerdas dan cergas menjadi kunci kepada pembelajaran yang maksimum dan masa depan yang lebih cerah, insyaAllah. Ajak anak anda bandingkan sendiri kekuatan minda mereka hari ini berbanding semalam — dan raikan setiap peningkatan kecil yang mereka capai.

2. MODUL 'SCAN & FIX' MATEMATIK

2.2 Proses Scan & Fix Matematik peserta 8 & 9 Tahun.

Untuk modul ini, khas untuk peserta sekolah rendah 8 - 9 tahun sahaja. Modul ini digunakan untuk tujuan "Scan & Fix" untuk lihat dimana tahap penguasaan Matematik anak-anak yang perlu diperbaiki. Modul ini telah terbukti berkesan dalam membawa anak-anak daripada tahap penguasaan Matematik bawah sederhana, kepada minimum B

3. MODUL OPERASI ASAS

3.1 Permantapan Tambah & Tolak

Modul ini sangat sesuai untuk anak-anak yang masih lemah dalam operasi tambah dan tolak. Jika anak anda sukar menyelesaikan soalan berkaitan penambahan dan penolakan, anda digalakkan untuk mencetak modul ini dan gunakan sebagai latihan tambahan di rumah. Sedikit latihan secara konsisten boleh membawa perubahan besar dalam kefahaman dan keyakinan mereka, insyaAllah.

3.2 Permantapan Darab 2 - 19

Jika anak masih lemah dalam sifir 2 hingga 12, mereka bukan sekadar lambat menjawab — mereka sebenarnya sedang hilang keyakinan diri sedikit demi sedikit. Tanpa asas darab yang kukuh, anak mudah cemas, ketinggalan dalam topik penting, dan mula anggap diri mereka lemah dalam Matematik. Dengan Teknik Mokhdar, anak akan mula hafal sifir tanpa beban, tanpa paksaan — hanya melalui teknik memori dan kod rahsia yang menyeronokkan. Daripada takut nombor, mereka akan mula tersenyum bila berjaya menjawab pantas. Dan dari situlah keyakinan mula tumbuh.

Berikut adalah halaman panduan yang digunakan semasa kelas permantapan darab pada setiap Sabtu, jam 830pm - 930pm. Sila print mana yang berkenaan.

** Password (sulit) : 118018h

Perlukan bantuan?

Hubungi kami di 0122563024

LOKASI (SEMENTARA)
HUBUNGI

Phone: +60122563024

Email: [email protected]

LOKASI

45 Jalan Desa 4/14 Taman Pulai Indah

81110, Johor Bahru, Johor
(Alamat sementara)

COPYRIGHT © 2025. All Rights Reserved.