SYARAT & PERATURAN MOKHDAR ONLINE ACADEMY Pelajar & Ibu Bapa 2022

Untuk memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di Mokhdar Learning Academy di tahap terbaik, pihak pengurusan telah menetapkan beberapa perkara sebagai garis panduan untuk rujukan pelajar/ibubapa selama proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung :


A) MODUL LATIHAN & SESI PEMBELAJARAN
  1. Modul latihan Kaedah Mokhdar adalah dibawah lindungan hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan modul dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, samada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Team Kaedah Mokhdar Malaysia.

  2. Modul latihan perlu diprint sendiri berdasarkan kepada garis panduan ringkas yang tertera pada setiap bahagian modul samada perlu diprint, atau tidak perlu diprint (hanya sebagai Latihan tambahan sendiri dirumah)

  3. Peserta dinasihatkan untuk membuka video sepanjang kelas online berlangsung untuk kesan terbaik
B) YURAN BULANAN

Yuran bulanan bagi setiap bulan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 10hb pada setiap bulan yang sama untuk memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar

Yuran bulanan hendaklah dibuat melalui akaun berikut

MAYBANK BERHAD
5511 3753 0201
KAEDAH MOKDHAR

  1. Yuran bulanan pada bulan tertentu masih perlu dijelaskan selagi mana pautan (link) kelas online diberikan walaupun pelajar tidak hadir ke sesi berkenaan sepanjang bulan tersebut

  2. Penyertaan pelajar akan ditamatkan sekiranya mereka gagal hadir untuk tempoh 3 bulan berturut-turut tanpa sebarang notis, namun yuran untuk selama tempoh tersebut masih tetap perlu dijelaskan

  3. Sekiranya peserta berhasrat untuk menamatkan penyertaan sesi latihan Matematik Mega Mokhdar, perlu dimaklumkan kepada team Mokhdar selewatnya 10hb pada bulan yang sama. (Contohnya peserta A berhasrat untuk berhenti pada April, maka peserta A perlu maklumkan pada Team Mokhdar sebelum 10hb April. Sekiranya peserta gagal berbuat demikian, yuran pada April masih tetap perlu dijelaskan walaupun peserta tidak hadir sepanjang bulan tersebut)

  4. Sekiranya peserta berhasrat untuk ‘berehat sebentar’ daripada sesi latihan Mokhdar pada bulan-bulan tertentu, perlu juga dimaklumkan selewatnya 10hb pada bulan yang sama bagi mengelakkan caj tambahan pengurusan (RM60) dikenakan, dan mereka perlu membuat pendaftaran dengan yuran tahunan yang baru (RM90) sekiranya mereka berhasrat untuk bersambung semula untuk bulan seterusnya. (Masalah kesihatan atau kematian keluarga yang disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan adalah dikecualikan)

C) KEDATANGAN KELAS
  1. Ibubapa/penjaga perlu memastikan peserta bersedia hadir ke sesi kami mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mohon kerjasama tuan puan untuk memaklumkan kepada pihak kami sekiranya pelajar tidak dapat hadir sesi zoom kami untuk tindakan selanjutnya.

  2. Kelas akan dicutikan pada setiap cuti umum dan kelas ganti
    akan dibuat atau dikira pada minggu ke-5 dalam bulan yang tertentu.

  3. Peserta disarankan untuk hadir ke sesi latihan Mokhdar 5 minit lebih awal dan telah bersedia dengan buku latihan beserta alatan menulis.

D) KOMITMEN TEAM MOKHDAR ACADEMY
  1. Sesi permantapan Matematik berlangsung selama 1 jam 30 minit sebanyak (4) kali perjumpaan dalam sebulan

  2. Sesi permantapan darab 2 – 19 untuk peserta sekolah rendah dan sesi ‘Smart Study, Career, Saving & Investment’ untuk peserta menengah dijalankan selama 1 jam setiap minggu sebanyak (4) kali perjumpaan dalam sebulan.

  3. Minggu ke-(5) dalam mana-mana bulan secara automatik menjadi kelas percuma atau kelas ganti bagi mana-mana cuti umum.