Testimoni Kaedah Mokhdar – Fatihah

gt fatihahCik Fatihah bt Maznan, 35, guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah, Tanjung Mas, memaklumkan betapa beliau mengalami lonjakan kecemerlangan dalam subjek Matematik setelah mendengar ceramah pendedahan kaedah Mokhdar oleh pengasas Kaedah Mokhdar di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur semasa di Tahun 3 dahulu.

Continue reading “Testimoni Kaedah Mokhdar – Fatihah”

No comments

Testimoni Kaedah Mokhdar – Shaik Abdul Rahim

gt shaikh & noridah

Nota perjalanan Mokhtar Hj Mansor

Pada 31hb Mac 2017, saya dijemput berbicara dalam program Bicara Mokhdar yang merupakan antara acara Pesta Buku Jempol dan Jelebu 2017, anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, di SMK Seri Jempol. Sempena kehadiran, penyelaras program yang menjemput saya, Tuan Shaik Abdul Rahim bin Shaik Akbar, Guru Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia di SMK Alam Beraja, telah mengatur satu lagi sesi bicara Bicara Mokhdar untuk pelajar-pelajar di sekolah beliau pada 30hb Mac.

Continue reading “Testimoni Kaedah Mokhdar – Shaik Abdul Rahim”

No comments

Testimoni Kaedah Mokhdar – Rabiatul

gt mashitah lehHingga kini Rabiatul masih praktik Mokhdar

“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana telah dipertemukan dengan En.Mokhtar dan telah diperkenalkan dengan sistem yang telah banyak membantu anak saya, Rabiatul Adawiyah bt Rosli. Anak saya bermula dari 0 – 2 markah setiap kali ujian Matematik sejak berada di sekolah menengah. Setelah berjumpa Mokhtar yang ketika itu sedang membuat roadshow dari sekolah ke sekolah, tergerak hari saya untuk menghantar anak ke Country Homes, Rawang, selama 7 hari di bawah bimbingan Mokhtar sendiri. Saya amat berbangga dengan pencapaian anak dalam SPM (B+ untuk Matematik).”

Continue reading “Testimoni Kaedah Mokhdar – Rabiatul”

No comments

Testimoni Kaedah Mokhdar – Othman

gt othman pelikDia cerita akan kaedah ini dan saya rasa pelik ..

“Saya, Mohd.Othman Zulkifli, 50, dari Yong Peng, Johor, seorang jurukimpal, dan isteri, Foziah Ahmad Kusnan, seorang kerani am, punyai dua anak. Anak pertama, Mohd.Faiz, sekarang di Tahun Tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, jurusan Kejuruteraan Pertahanan ATM dan anak kedua, Fatih, pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Chenderawasih, Rompin, Pahang..”

Continue reading “Testimoni Kaedah Mokhdar – Othman”

No comments