Page Not Found!

"Cikgu sahkan anak saya banyak berkhayal dalam kelas & tak banyak buat latihan. Tetapi.."

"Anak sulong saya, Muhammad Ammar bin Rosdey, dilahirkan di Sarawak, tapi membesar di Perth, Australia. Kami sekeluarga ke Perth kerana ikut suami - Rosdey Salleh, atas urusan kerja yang bertugas di Tourism Malaysia. 

Keahlian

Keahlian seumur hidup selagi mana tidak melanggar peraturan yang ditetapkan 

Beberapa tahun kemudian, kami sekeluarga pulang ke Malaysia. Bila masuk ke sekolah rendah di Malaysia, yang memeningkan saya, Ammar ni pelat aussie & kadang- kadang dia lambat faham apa yang cikgu ajar di sekolah..

.

Bayangkan, markah matematik mid yr Ammar semasa darjah 4 cuma 40.. mak mana yang tak pening? Dan cikgu kelas sahkan Ammar banyak berkhayal dalam kelas & kurang latihan. Cari punya cari, Alhamdulillah, jumpa iklan di fb pasal Kaedah Mokhdar. Saya hantar Ammar join program seminggu, termasuklah adik-adik dia sekali. Syukur alhamdulillah sangat-sangat, keputusan peperiksaan UPSR (kini telah dimansuhkan) Ammar dapat 5A walaupun sebenarnya kami tak letak harapan yang tinggi.

.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Kaedah Mokhdar & guru-guru sekolah yang mengajar, kerana memberi keyakinan kepada Ammar untuk berjaya dalam pelajaran.."

Pn. Azma

Putrajaya

"Kami teruja dengan peningkatan mendadak anak-anak"

"Kami hantar anak-anak, Azizi Hafiz, 11 tahun, Irfan, 10 tahun dan Nurin Dini, 8 tahun, semuanya pelajar SK Puncak Alam (2), ikuti Bengkel Intensif Mokhdar selama seminggu pada cuti Jun 2010. Teruja dengan peningkatan mendadak mereka.. 

...kami hantar mereka ke program susulan pada 28hb Nov ke 4hb Dis lepas. Malangnya setelah 2 hari jalani program ini, Azizi demam dan kami ambil pulang. Namun saya amat terkejut kerana walaupun ikuti program cuma selama dua hari sahaja, saya uji Azizi dan dia dapat menjawab pantas bagi 2 digit didarab 1 digit hampir sama pantas dengan masa yang saya gunakan mencari jawapan dengan menggunakan kalkulator. Saya amat teruja dan saya tak sabar mahu lihat perubahannya jika dia dapat menamatkan program susulan selama tujuh hari itu”.


"Saya juga amat teruja lihat perubahan keyakinan diri anak-anak. Dulu mereka takut berhadapan orang ramai, kini mereka amat yakin dan tidak gemuruh lagi. Nurin Dini yang kecil itu pun mampu bersaing dengan abang-abangnya. Tanyalah sendiri soalan fakta asas matematik dan jiran-jiran saya terkedu melihat Nurin Dini menjawab sepantas kilat sedangkan pelajar yang bersekolah menengah pun masih terkapai-kapai mencari jawapan bagi soalan-soalan mudah itu. Kalau tak alami sendiri pengalaman ini, mati hidup balik pun kami tak percaya anak boleh berubah begitu pantas

Pn. Unaizah dan suami, En. Abd.Rahman

Shah Alam

"Kami puas hati.."

“Nampak jelas perbezaan anak kami, Umarul Hakim bin Jalaluddin, Tahun 3 SK Pandan, setelah jalani BISM lima hari dari 19hb ke 23hb Sept (sambung pada 7hb dan 8hb Nov 2015). Sebelum ini, belajar tampak membosankan baginya tapi sekarang tidak lagi. Walaupun dia masih tak ulangkaji pelajaran di rumah tapi prestasi meningkat di mana resultnya ialah A+ untuk semua subjek. Kami amat puas hati dengan kaedah dan program ini.”.. 

.“Seronok kami lihat telatahnya dengan kakaknya di rumah. Kakaknya yang merupakan pelajar cemerlang di Ting.4 MRSM Kuala Lipis, dan top math dan math tambahan, ‘jealous’ dan ‘menyampah’ kerana asyik ditewaskan Umarul Hakim dalam kepantasan jawab sifir yang libatkan banyak angka.”

Testimoni di atas ditulis oleh Irnyyanti Januddin@Ibrahim, ibu Umarul Hakim bin

Jalaluddin, peserta sesi 2015.

Irnyyanti Januddin

Ibu Umarul Hakim

"Sebelum ini, Matematik saya asyik dapat 'C', tetapi..."

Sebaik selesai ceramah Mokhdar di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Jalan Gambang, Kuantan, pada 4hb Feb 2015, Zul Amir bin Hamdan, pelajar Ting. 5 Ibnu Sina terus dapatkan saya.


“Saya tak sangka jumpa cikgu hari ini. Saya masuk program cikgu di Teruntum semasa saya Tahun 4 dulu. Untuk uji sama ada beliau terus praktik kaedah Mokhdar, saya bertanya, "Ja ka?” “Man,” jawab beliau. Ternyata beliau terus praktik Mokhdar. Ditanya tentang prestasinya, anak Cikgu Rusiani binti Manshor (SMK Pandan) dan Hamdan bin Noh ini beritahu yang beliau dapat 5A dalam UPSR dan 8A 1B dalam PMR. “Semasa Tahun 4 dan di tahun-tahun sebelumnya, biasanya math saya C. Selepas hadiri bengkel Mokhdar, saya sentiasa dapat A. Memang kaedah dan program ini amat membantu saya dalam pelajaran.”

Zul Amir bin Hamdan

Pelajar

"Dulu Mohamad Syafiq hanyalah pelajar sederhana"

Pihak Kaedah Mokhdar menerima sms daripada Cikgu Kamsinah bt. Esham, guru SRA Kg. Banting, yang antara lain, berbunyi, "... JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengajar anak saya, Mohamad Syafiq b. Rosli pada Disember 2006 yang telah mendapat 4A 1B UPSR 2007 dan kini 9A PMR 2010 SMA Muhammadiah. Syafiq kini sedang menunggu tawaran ke MRSM atau SBP lain."

Sebaik menerima sms tersebut, pihak Mokhdar bergegas ke Sabak Bernam bersama jurukamera dan inilah kata-kata Cikgu Khamsinah yang dirakam oleh beliau: Dulu Mohamad Syafiq hanyalah pelajar sederhana, namun selepas ikuti program Mokhdar seminggu pada 2006, dia berubah mendadak dan dapat 4A 1B UPSR 2007. Jun tahun lepas,saya hantar dia sekali lagi ke program ini bersama dua adiknya. Dalam PMR 2010, dia sasarkan 7A tetapi tanpa diduga dapat 9A!!. Adik-adik dia juga meningkat drastik selepas ikuti program Mokhdar seminggu. Muhammad Azim, 14 tahun, dari kelas E ke B. Mohd.Syahmi, 9 tahun, dari tempat ke 18 ke tempat ke 6. Memang kaedah Mokhdar suatu miracle anugerah Allah Yang Maha Pengasih untuk bangsa kita”

Cikgu Kamsinah Esham

Guru SRA Kg. Banting

"SAYA BERJAYA PEROLEH IJAZAH KELAS PERTAMA DALAM MATEMATIK.."

Semasa bersekolah, saya pelajar yang performed. UPSR dapat straight A. Sungguh begitu, ceramah 1½ jam oleh pengasas Kaedah Mokhdar, di sekolah saya iaitu SMK Dato’ Ahmad Maher di Kota Bharu, pada 1998, ketika di tingkatan 2, telah benar- benar jadikan matematik dan seterusnya matematik tambahan dan fizik sebagai subjek yang benar-benar amat mudah bagi saya 

Malah subjek-subjek lain juga jadi jauh lebih mudah. Pastinya ini berlaku kerana lonjakan kekuatan memori saya terhadap angka yang saya miliki selepas mempraktikkan Mokhdar yang saya pelajari dalam ceramah tersebut. Segala macam angka seperti nombor kereta, nombor telefon, nombor akaun, formula, hasil operasi matematik dsb, amat mudah saya ingat.


Bukannya saya niat nak hafal, dan saya memang tak hafal, tetapi input-input demikian tersemat dalam memori saya secara mudah dan spontan. Saya dapat ijazah kelas pertama dalam bidang matematik dan membantu ramai rakan dalam memahami dan menyelesaikan masalah-masalah matematik yang diberi oleh guru dan pensyarah. Kini saya mengajar matematik dan matematik tambahan di SMK Astana, Kuantan. Pada 29hb Julai 2015, saya berpeluang ikuti ceramah oleh Mokhtar sekali lagi, kali ini ketika saya telah jadi guru. Jelas bahawa kaedah ini kini jauh lebih canggih daripada apa yang saya pelajari dulu, dengan aplikasinya mencakupi semua bidang matematik dan sains, termasuk sains sejarah malah sains wahyu. Persembahan Mokhtar juga jauh lebih mantap dan masa lebih kurang dua jam yang diperuntukkan adalah sarat dengan maklumat dan memberi inspirasi yang tinggi kepada pelajar malah juga guru bagi meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tugas masing-masing."

Puan Nurul Fakhriah

Guru Matematik Tambahan di SMK Astana, Kuantan, Pahang

"SEBELUMNYA SAYA ADALAH PELAJAR 'GALUS'.."

“Sebelumnya saya adalah pelajar ‘galus’ (gagal-lulus) dan sering mendapat nombor tercorot dalam kelas.” Saya ikuti program Mokhdar pada 2012. Saya amat berpuas hati dan alami perubahan prestasi yang mendadak. 


Sebelumnya saya adalah pelajar ‘galus’ (gagal-lulus) dan sering dapat nombor tercorot dalam kelas. Tetapi sekarang alhamdulillah, dengan software’ Mokhdar yang telah ditanam (‘installed’) ke dalam minda, daya memori saya melonjak dahsyat dan pencapaian di dalam dan di luar kelas lebih memberangsangkan. Terima kasih Mokhdar”

.

Nota oleh : Nur Ailaa bt Borhan,

bekas pelajar SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, yang kini siswa Tahun 2, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Nur Ailaa dapat 9A dalam peperiksaan SPM yang diduduki pada 2013. Keluarga Nur Ailaa kunjungi Mokhtar di Rawang untuk dapatkan khidmat kepakaran membantu abang Nur Ailaa, Azhad,, siswa Perubatan di Tahun 2, Universiti sandariah, Mesir, dalam mengurus dan mengingat mudah istilah dan anatomi tubuh manusia bagi melonjakkan kecekapan belajar beliau

.

“Program ini amat berkesan dan hasilkan kelekaan belajar dan lonjakan memori yang amat ketara, bukan sahaja untuk ungkapan mathematical tetapi juga istilah atau ungkapan lain. Bayangkan, anatomi anggota dalam badan, misalnya upperlimbs, boleh diingat ratusan kali jauh lebih mudah. Begitu juga dengan kosa kata (vocabulary), di mana ratusan perkataan boleh disimpan secara mudah dan bersahaja setiap hari tanpa letih dan haus tenaga disebabkan aktiviti menghafal berlebihan.

.

Amat membantu bukan sahaja bagi siswa perubatan seperti saya tetapi juga bagi sesiapa sahaja yang ingin melonjakkan kecekapan berbahasa bagi apa jua bahasa, misalnya, bahasa Inggeris, dalam masa yang pantas.”

.

Demikian penerangan Azhad kepada dua kenalan keluarga yang berkunjung untuk dapatkan info tentang program ini, pada hari keenam sesi latihan, yang dikendalikan khusus untuk Azhad dan abang beliau, Su, di Bilik Mesyuarat SPA (SPA yang berpandukan kepada prinsip Islam) milik keluarga ini iaitu Ainaa-Ailaa Group Sdn Bhd, No 8, Jalan 4/11, Fasa 4 ambahan, Bandar Baru Bangi.

.

Su yang merupakan siswa Universiti Madinah di Arab Saudi, turut sama mengakui keberkesanan kaedah ini yang akan memberi bantuan yang amat bermakna dalam melaksanakan tugas tugas seorang mahasiswa dan sebagai seorang yang berkarier setelah tamat pengajian nanti.

.

Gambar : Borhan bin Ahmad, seorang Pegawai Kanan Kastam (dua dari kiri), isteri Borhan iaitu Norulnaha bt Abd Razak (kanan sekali) dan anak-anak mereka iaitu Muhd.Sufi (kiri sekali), Muhd.Azhad (tiga dari kanan) dan Nur Ailaa (dua dari kanan).

Nur Ailaa bt Borhan

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa

Your cart is empty Continue
Shopping Cart
Subtotal:
Discount 
Discount 
View Details
- +
Sold Out