Testimoni Kaedah Mokhdar – Pn. Azma

No comments

“Keputusan Ammar GAGAL! Cikgu cakap anak saya berkhayal dalam kelas dan tak banyak buat latihan. Tak sangka lepas hantar Mokhdar, Ammar terus dpt 5A!!!” Pn. Azma, Putrajaya

“Anak sulong saya, Muhammad Ammar bin Rosdey, dilahirkan di Sarawak, tapi membesar di Perth, Australia. Kami sekeluarga ke Perth kerana mengikut suami, Rosdey Salleh atas urusan kerja yang bertugas di Tourism Malaysia. Beberapa tahun kemudian, kami sekeluarga pulang ke Malaysia. Bila masuk ke sekolah rendah di Malaysia, yang memeningkan saya, Ammar ni pelat aussie dan kadang-kadang dia lambat faham apa yg cikgu ajar di sekolah..

Bayangkan, markah matematik peperiksaan pertengahan tahun Ammar masa darjah 4 cuma 40.. mak mana yg tak pening? Cari punya cari, alhamdulillah, jumpa iklan di fb pasal Kaedah Mokhdar. Saya hantar Ammar join program seminggu, termasuklah adik2 dia sekali. Syukur alhamdulillah sangat2, keputusan peperiksaan UPSR Ammar dapat 5A walaupun sebenarnya kami tak letak harapan yg tinggi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kaedah Mokhdar, kerana memberi keyakinan kpd Ammar, bukan saja dalam matematik, bahkan sains dan lain2..” Pn Azma, Putrajaya