Testimoni Kaedah Mokhdar – Nor Aimi

No comments

Pn Nor Aimi Md.Hassan, 45 tahun, Pen. Pegawai Veterinar di Jabatan Veterinar di Kuantan, dan suami, En.Jamaluddin Mohd.Noor, 59, ceritakan:

Anak kami 6 orang. Tahun 2001, saya sekeluarga ikuti ceramah Mokhdar di SMK Seri Pekan. Masa itu anak sulung, Muhd. Ibrahim Aq, baru 11 tahun. Kami amat tertarik dengan penerangan Mokhtar tentang faktor terselindung yang gagalkan venture orang Melayu dalam banyak bidang. Kami jadi amat yakin dengan kaedah ini setelah lihat demonstrasi Mokhtar dan anak-anak kecilnya waktu itu yang memang amat kagumkan dan bagai magic.

Saya dan anak-anak iaitu Aq, Ainatul Nabilah (sekarang di Sekolah Menengah Tun Fatimah di JB) dan Ainatul Aishah (sekarang di SM Teknik di Kuantan) ikuti bengkel yang beliau kendalikan kemudiannya. Memang lepas itu berlaku lonjakan prestasi yang amat ketara. Namun yang paling banyak praktik Mokhdar ialah Aq dan Ainatul Nabilah.

Dalam semua periksaan yang diduduki oleh Aq dan Nabilah sejak itu, mereka sentiasa dapat A bagi subjek matematik dan sains sehinggalah Aq duduki SPM dan Nabilah duduki PMR. Dalam sejarah hidupnya, cuma sekali sahaja Aq dapat B untuk matematik. Dalam PMR, kedua-dua Aq dan Nabilah dapat straight A‘s.

Bagaimanapun dalam peperiksaan percubaan SPM tahun lepas, keputusan peperiksaan itu, walaupun o.k., amat risaukannya. Lalu dia belek dan baca semula buku kaedah Mokhdar dan bahan-bahan bengkel yang dibekal dulu. Aq dapat straight A‘s SPM tahun lepas dan sekarang sedang ikuti program Foundation untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa yang menarik ialah, selepas hadapi kemelut dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya atasinya setelah aplikasikan Mokhdar secara total, dia sering ingatkan adik-adiknya yang sekarang belajar di SK Bukit Setongkol, Kuantan, dan nasihatkan mereka supaya sentiasa mempraktik Mokhdar untuk prestasi cemerlang.

Saya dengar antara kata-katanya kepada Muhammad Ayub Danial, 11, “Ayub mesti guna kaedah ini sebab ia jadikan belajar matematik dan sains amat senang. Kamu nanti akan berjaya seperti abang kerana abang sendiri sentiasa gunakannya walau pun masa kecil dulu, abang sangka kaedah ini hanya setakat untuk mudah hafal darab.”