Testimoni Kaedah Mokhdar – Zarifah

No comments

Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri dipertemukan dengan kaedah Mokhdar yang banyak membantu prestasi akademik anak saya, Zarifah Zaiera, yang sertai program seminggu ini di Country Homes, Rawang, pada 2010, semasa dia di Tahun 3 SK Damansara Utama.

Alhamdulillah, Zarifah yang dilantik menjadi Ketua Pengawas di sekolah tersebut (2013), memperoleh 5A dalam UPSR. Dalam PT3 dia mendapat 9A dan kini belajar di Tingkatan 4, Sekolah Menengah Intergrasi Berasrama Penuh Temerloh.

Kini sekali lagi saya hantar dia ke program ini untuk update kemahiran Mokhdar untuk meningkatkan lagi kecekapannya dalam mempelajari subjek-subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pengetahuan Agama Islam dan sebagainya yang pastinya mengandungi input-input yang jauh lebih banyak dan kompleks. Adiknya, Zareef Zaquan, turut dihantar untuk
menjalani program ini. Saya dapati mereka berdua amat berminat dengan kaedah ini dan berharap mereka akan mencipta kejayaan cemerlang.

Semoga lebih ramai akan sertai bengkel ini bagi membantu melonjakkan prestasi akademik mereka.

(Testimoni ini ditulis sendiri oleh bapa Zarifah iaitu En.Zainal bin Tukiran yang merupakan seorang Technical Specialist di Diebold Nixdorf (M) Sdn Bhd.)