Haji Ibrahim bin Haji Ismail, Ketua Seksyen Pengurusan Operasi, KWSP Alor Setar, ketika mengambil anak yang menghadiri Bengkel Mokhdar Seminggu di Rawang pada 9hb Disember 2017, mencatatkan :
“Saya telah menghantar dua orang anak sebelum ini ke Kem Mokhdar pada 2011. anak yang sulung semasa saya hantar dulu belajar di Tingkatan Dua. Matematik selalu C dan D, tetapi dalam PMR Matematik dapat A dan SPM pula dapat 6A 3B, dengan Matematik A dan Matematik Tambahan dapat B. Sekarang belajar di Universiti Utara Malaysia jurusan Maths Business. Anak yang kedua, semasa hantar dulu Tahun 5 dan dalam UPSR setahun kemudian dapat 5A. Sekarang mengikuti program Ulul al-Bab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Alor Setar, Kedah. Beliau baru dapat keputusan PT3 dan dapat 10A 2B 1C. Beliau sekarang telah hafaz 26 juzuk al-Quran..
You must log in to post a comment.