Testimoni Kaedah Mokhdar – En. Azhar

No comments

Ketika singgah di pejabat Pengetua SMK Dato’ Mohd.Yuso di Linggi pada 19hb Januari 2018, Mokhtar terkejut mendapati Tuan Pengetua, En.Azhar, tahu latarbelakang dan kisah Mokhtar begitu terperinci.

“Apa taknya! Saya guna kaedah Mokhdar dan ajar anak-anak saya dan semua mereka adalah pelajar cemerlang!” kata Azhar. ”Dulu, pada 1996, tuan singgah di SK King George, Seremban. Masa itu saya mengajar matematik di sekolah itu dan saya yang ditugaskan guru besar untuk menjayakan program bengkel untuk pelajar bersama ibu bapa pada suatu hari Sabtu. Lepas itu saya buat pula program gempur matematik untuk UPSR dan pada tahun itu, 72 pelajar sekolah itu mendapat 5A!!”

“Saya tahu kaedah Mokhdar amat bagus dan alangkah baiknya kalau semua sekolah di Port Dickson dapat jalankan program ini.”