Cleopatra Ismail

“Dari semester satu hingga semester tiga, Farhana dapat anugerah dekan. Semester akhir, Farhana dapat four flat..”

Advertisements
Farhana_Cleopatra

Nur Farhana Fazureen, siswi Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia

“Dulu Farhana, Dinie dan Edlin bukanlah pelajar top ten. Macam-macam saya buat. Antaranya, saya banyak belikan mereka buku-buku yang terbaik.”

“Suatu hari saya terbaca iklan tentang program Mokhdar, dan testimoni hebat tentang kemajuan mendadak mereka yang menyertainya. Farhana baru selesai menduduki peperiksaan percubaan UPSR, dapat sekadar 3A. Ibu mana yang tak risau?Saya terus daftar Farhana dan adiknya Dinie, ikuti Bengkel Mokhdar selama seminggu di Rawang.”

“Selang seminggu selepas tamat bengkel, Farhana duduki UPSR. Alhamdulillah, dia dapat 5A. Dia terus praktikkan Mokhdar sehingga kini. Dalam PMR, dia dapat 8A 1B. Dalam SPM, dia dapat 9A 2B+.”

“Sekarang Farhana menunggu keputusan permohonan melanjutkan pengajian ijazah

Cleopatra

Cleopatra Ismail, sewaktu dikunjungi oleh
Mokhtar Hj Mansor di Affin Bank, Jengka,
pada 26 Julai 2017

perubatan. Saya yakin dia akan berjaya, kerana dalam setiap peperiksaan dari semester pertama hinggalah ke semester ketiga, dia adalah penerima anugerah dekan. Di semester akhir Farhana dapat four flat dan akan menerima anugerah Naib Canselor.”

“Anak kedua, Dinie, naik ke kelas pertama dari kelas kedua tak lama selepas pulang dari Bengkel Mokhdar. Dalam UPSR dapat 4A 1B, dan PMR dapat 7A. Dia juga menjuarai Mini Olympiad Maths 2016 SMK Bandar Pusat Jengka. Dinie akan duduki
SPM tahun ini.”

“Anak ketiga, Edlin, seorang pendiam dan selalu dapat tempat tercorot dalam peperiksaan. Dalam percubaan UPSR dia dapat nombor 33 daripada 35 pelajar! Tentulah saya risau. Sebab itu, seperti kakaknya dulu, saya hantar dia ikuti Bengkel Mokhdar di Rawang iaitu pada cuti terakhir sebelum UPSR. ”

“Bila keputusan UPSR diumumkan, Edlin dapat 5A! Masa ambil keputusan, bayangkan, guru besar SK Bandar Pusat Jengka, Cikgu Hamzah Mat Ali, mengesat air mata sebab sebak. Saya apa lagilah. Memang sungguh tak sangka. “

Dinie_cleopatra

Nur Dinie Ellysa
(SMK Jengka Pusat)

”Saya percaya yang saya dan suami tak terlambat mendapat formula untuk anak-anak berjaya. Saya percayakan kaedah Mokhdar. Ilmu ini memangnya suatu keajaiban. Dalam masa seminggu itu, sebenarnya peserta tidak belajar Matematik pun. Namun bagi yang belajar dan praktikkan Mokhdar, hasilnya memang superb!”.

Ditanya keperluan menghantar adik-adik jalani program sedangkan kakak-kakak mahir dengannya, ibu kepada tujuh anak ini menjawab, “Bukan tak ajar, cuma sentuhan Mokhtar dan ahli-ahli keluarga beliau, menghasilkan impak yang jauh
berbeza.”

Menurut Farhana pula, “Di sekolah dan dalam program-program belajar pintar,

Syafinie_Cleopatra

Nur Syafinie Edlin
(SMK Jengka Pusat)

kami diajar mind-mapping dan sebagainya. Kami disuruh melakukan aktiviti tertentu, yang sebenarnya mengambil banyak masa, tenaga dan daya tumpuan. Sesetengah kaedah yang diajar juga mengelirukan otak dengan fungsi algebra dan sebagainya.”

Hanny_Cleopatra

Nur Hanny Marissa
(SK Bandar Pusat, Jengka)

“Dalam bengkel Mokhdar, kami hanya dilatih mengingat spontan akan apa yang dilihat, dibaca, ditulis atau terlintas di fikiran. Oleh itu, kami fokus sepenuhnya terhadap tugas memahami apa yang dipelajari dan bukannya menghafal atau menghilangkan daya tumpuan dengan melakukan aktiviti lain yang kononnya menguatkan ingatan tetapi sebenarnya mencelarukan otak terutama bagi ungkapan algebra. Mokhdar juga jadikan input-input matematik saintifik hidup dan segar malah kelakar.”

“Sebab itulah, bagi kami yang telah terlatih menggunakan Mokhdar, mind-mapping dan sebagainya itu sebenarnya telah ketinggalan zaman.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: