Syed Akmaluddin

Setelah jalani BISM, rakan sekelas bertanya,
.
“Bagaimana awak berubah begitu dahsyat dan begitu pantas?”

Advertisements

Dalam iklan yang telah kami siar di akhbar-akhbar pada 2011, Tuan Syed Hamzah menceritakan betapa anak beliau, Syed Akmaluddin, tidak lagi dapat selain A untuk matematik sedangkan sebelumnya, sejak bersekolah, dia hanya dapat antara B atau C dalam ujian dan peperiksaan bagi subjek tersebut.

Pada 29hb Sept 2013 baru-baru ini, beliau sekali lagi, bersama isteri, Ustazah Syafirah Fatimah bt Syed Hasani, guru di SK Cheras Baru (dulu mengajar di SK Seri Bintang Utara), dan Syed Akmaluddin, kunjungi Mokhtar untuk nyatakan penghargaan lantaran BISM telah melonjakkan kemampuan minda Akmaluddin. Kini Akmaluddin adalah pelajar cemerlang malah kecemerlangannya bukan sekadar dalam subjek matematik semata-mata.

“Akmaluddin sekarang dilantik jadi mentor untuk bantu rakan yang lemah. Akmaluddin juga sentiasa jadi sumber rujukan rakan-rakan sekelas hinggakan, kadang-kadang jam 1.00 pagi pun masih ada rakan, termasuk rakan-rakan Cina, menelefon minta bantuan atau ajar mereka selesaikan masalah dalam assignment yang diberi guru.”

Akmaluddin menambah, “Kawan baik saya, Nabil, keturunan Baba Melaka, memang terror giler tapi dia dibimbing sendiri oleh neneknya untuk matematik. Semasa pemilihan mentor dan mentee dibuat, saya pilih untuk jadi mentee Nabil tetapi cikgu kata saya setaraf Nabil dan dilantik jadi mentor untuk rakan lain. Seorang lagi rakan sekelas, Hiew Kai Ven, yang semasa di sekolah rendah sentiasa dapat A sedangkan saya cuma B atau C, kini hairan dengan prestasi matematik saya yang lebih tinggi dari dia. Dia juga kini amat berminat untuk hadiri BISM.”

Keterangan Gambar :
Kini Syed Akmaluddin, pelajar Ting. 1 SMK Seri Bintang Utara, telah tewaskan rakan sekelas berbangsa Cina sehingga rakan itu bertanya, “Bagaimana awak berubah begitu dahsyat dan begitu pantas?” Gambar Akmaluddin yang dirakam pada 29hb Sept 2013 ketika kunjungi Mokhtar bersama keluarga. Dari kiri : Mokhtar, Akma, ibu Akma, Syarifah Fatimah bt Syed Hasani (guru di SK Cheras Baru) dan ayah Akma, Syed Hamzah bin Syed Aziz (pesara tentera

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: