Tuan Syed Yusof b. Syed Bakar

“Selepas jalani BISM..

Hazim kini lebih
cekap, lebih laju
dan lebih pandai
dari abangnya..”

Advertisements

Tuan Syed Yusof b. Syed Bakar, pesara polis dengan jawatan terakhir Pegawai Turus Logistik Komunikasi Kontinjen Perlis berpangkat ASP, kunjung Mokhdar di Rawang menceritakan tentang Hazim b. Rosman, bekas peserta BISM :

“Dia anak adik isteri saya, Halimah Abdullah, guru di SK Batu Tiga, Kluang. Sebelum hadiri BISM banyak bermain dan kurang belajar. Selepas hadiri bengkel ini, dia masih banyak bermain tetapi dia jadi lebih fokus dan rajin belajar hingga dapat kejayaan cemerlang dalam PMR 2010. Dia dapat 8A plus. Bayangkan, hanya beberapa bulan selepas hadiri BISM dia mampu cipta kejayaan cemerlang untuk PMRnya.”

Selepas dapat maklumat dari Syed Yusof, kami berkejar susuli keluarga Hazim yang masih Seremban kerana mengiring Hazim yang diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Seremban. Bapa Hazim, Rosman b Hamidun, beritahu,

“Selepas jalani BISM, Hazim jadi cekap belajar matematik dan sentiasa dapat 90% ke atas dalam ujian matematik. Dia juga guna kaedah ini dalam subjek sejarah, sains dan geografi.”

“Walaupun hanya tinggal beberapa minggu sebelum PMR, dengan kaedah Mokhdar, Hazim punyai banyak masa untuk ulangkaji. Hazim buat study-group untuk sejarah dan ajar rakan-rakan gunakan kaedah ini. Semua rakan dalam study-group ini dapat A untuk sejarah sedang untuk subjek-subjek lain hanya dapat B atau C.”

“Tidak sesia saya hantar anak ke program ini kerana hasil pulangannya berlipat kali ganda dari apa yang telah kami belanjakan dan hasil itu dapat diraih serta-merta. Hazim dulu sebenarnya lebih lemah berbanding abangnya, tetapi kini lebih cekap, lebih laju dan lebih pandai dari abangnya. Kami di sini hari ini hantar Hazim untuk sambung pelajaran di sekolah yang juga sekolah abangnya dahulu.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: