Nasran Hassan

“Peluh di dahi tidak lagi runsingkan malah timbul
keyakinan bahawa beliau berada di tempat yang betul..”

Advertisements

En. Nasran Hassan, 39, penerbit ‘Tanyalah Ustaz’ (TV9) dan isteri, Pn.Syahrulkhairani bt Syamsyiddun, 39, guru Pendidikan IslamSMK Dato’ Lokman, Kg Pandan, KLm hantar Nur Iffah Nadirah, 11,dan Ahmad Amjad Hafiz, 9, jalani program Mokhdar dari 26hb Dis 2010 ke 1hb Jan 2011. Ketika sampai hatinya risau akan kemampuan prasarana dan tenaga kerja yang akan mengendalikan anak-anak kecilnya.

Bagaimanapun 15 minit selepas berada dalam dewan mengikut taklimat dan demonstrasi, beliau mulai tertarik dan mula membuka minda. Peluh di dahi tidak lagi merunsingkan malah timbul keyakinan bahawa beliau berada di tempat yang betul. Sebaik balik dari kem Mokhdar, pasangan ini melihat perubahan mendadak yang amat ketara di alami oleh anak-anak. Kedua-duanya, pelajar SK Saujana Impian, mendapati belajar matematik dan sains amat menceriakan.

Nur Iffah jadi sumber rujukan guru dan rakan sekelas. Kemahirannya dikagumi. Lonjakan kemahirannya diakui oleh Cikgu Rosli yang selalu mengujinya. Nur Iffah juga jadi lebih yakin dalam peperiksaan Mac lalu.

Adiknya, Ahmad Amjat Hafiz, lebih rajin membuat kerja sekolah dan mereka seronok belajar. Pn Syahrulkhairani menambah, beliau amat bersyukur melihat perubahan mereka. Sebelum ini keduanya terlalu bergantung kepada ibu bapa dalam menyelesaikan tugasan namun kini tidak lagi. Sejuk mata memandang, hilang penat lelah melihat mereka lebih berdisiplin dan tekun menyiapkan tugasan, sesuatu yang jarang dilihat sebelum ini.

“Saya amat bersimpati dengan Mokhtar yang bertungkus lumus memperjuangkan masa depan bangsa sendirian sedangkan hasil perjuangannya semakin menyerlah.
Mudah-mudahan beliau terus tabah dan semakin ramai pelajar yag selama ini disangka hanya menyenangi sastera akan jadi doktor, jurutera, saintis, arkitek, peguam dsb yang akan bersama kembalikan keagungan tamadun Islam,” tambah Nasran.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: