Mohd.Akif Hakim

“Tujuan sertakan Akif ke BISM sekadar penuhkan masa cuti, tapi tak sangka …

Akif berubah mendadak!”

Advertisements

“Setelah dengar taklimat dan demonstrasi rengkas mengenai kaedah Mokhdar, dan dapatkan persetujuan suami, En.Fadhil, kaunselor di SMK Long Ghafar 2, saya hantar anak, Mohd.Akif Hakim, pelajar Tahun 2 SK Long Ghafar, ikuti BISM pada Disember 2012.”

“Saya tidaklah taruh harapan yang tinggi untuk lihat perubahan Akif, sekadar mahu isi masa cuti Akif. Namun sebelum tamat BISM, saya dan suami lihat perubahan mendadak yang berlaku terhadap Akif.”

“Akif yang sebelumnya tidak suka Matematik malah puas dipujuk untuk sertai program ini dan hanya setuju lepas lihat aksi pengasas kaedah Mokhdar semasa beri taklimat kepada ibu bapa dan peserta di hari pertama program, tunjukkan perubahan yang amat mendadak.”

“Sebelum sertai BISM, jika disuruh buat kerja matematik dia beri pelbagai alasan, letih, malas, mengantuk, tak pandai dan entah apa-apa lagi. Tapi sebaik sertai BISM, dia jadi minat dan lakukan aktiviti yang dijalankan dalam Bengkel tanpa perlu disuruh. Bila kembali ke sekolah, dia rajin siapkan kerja-kerja sekolah dan matematik jadi subjek yang paling disukai. Dalam peperiksaan baru-baru ini, dia dapat A bagi subjek matematik sedangkan sejak bersekolah, dia tidak pernah dapat lebih baik dari C.”

“Saya tak pandai nak terangkan kepada orang lain tentang kaedah ini, walaupun begitu saya cuba juga reso nota Mokhdar dan beri kepada pelajar kelas-kelas hujung di sekolah saya dan cuba terangkan kepada mereka sekadar yang saya mampu. Ternyata mereka amat minat dan tertunggu-tunggu sesi penerangan berikutnya.”
“Saya amat harap agar ramai pelajar sertai program ini untuk kurangkan beban guru malah beban ibu bapa, malangnya kesedaran ibu bapa dan pelajar terhadap potensi kemahiran Mokhdar untuk lonjakkan prestasi pelajar amat rendah.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: