Luqman

“Setelah jalani BISM, Luqman mampu fahami dan selesaikan matematik sekolah menengah..”

Advertisements

LuqmanLuqman, 8, adalah seorang anak kecil nakal dan amat aktif dan pintar. Beliau amat berminat dengan aktiviti BISM, setelah ikuti Bengkel Mokhdar setiap Jumaat sebanyak enam kali, telahpun kuasai darab asas dan beberapa input darab 12 ke 19 (sebelumnya Luqman tidak kuasainya sama sekali). Ibunya, Puan Naiemah Faezah bt Alias, guru SMK Seri Nilam, dan suami, Ahmad Azizi b Zulkifli, seorang Pegawai Tadbir Negeri, penuhi permintaan Luqman untuk jalani BISM susulan dari 31hb Mei ke 6hb Jun 2014. Malah, minggu berikutnya, Luqman terus sertai BISM.

Hasilnya? Luqman kini bukan sahaja kuasai cekap darab sifar ke 20 dan juga mampu Luqman2mencongak darab dua digit didarab satu digit, tetapi juga mampu fahami dan selesaikan beberapa masalah matematik yang jauh lebih tinggi dari tahap usianya seperti pecahan, pecahan algebra, trigonometri, persamaan, teorem Pitagoras dsb.
Semasa sesi penutup pada 13hb Jun 2014, Luqman juga pamirkan kemahiran yang sebabkan hadirin terpegun – menyebut semula satu set nombor terdiri daripada 89 digit dalam masa yang pantas. Sebenarnya Luqman telah pun ingat banyak jadual mengandungi puluhan input dari subjek kimia, biologi, geografi, fizik, sejarah dsb – sesuatu yang pelajar tingkatan 5 pun hampir mustahil mengingatnya (melainkan jika mereka terlatih gunakan Mokhdar selepas hadiri BISM).

Pelajar Tahun 2 SK Budiman (1) ini juga sedang dilatih menyelesaikan masalah- masalah matematik dan sains yang jauh lebih kompleks termasuk yang merupakan sukatan untuk tingkatan 4 dan 5. Ini bukan untuk glamour, tetapi untuk buktikan kepada semua bahawa matematik dan sains adalah lebih mudah dari subjek bahasa dan sastera hinggakan pelajar kecil juga mampu kuasainya. Ini juga alasan kenapa pelajar-pelajar yang paling lemah dalam matematik dan sains tetapi tidak lemah dengan BM alami lonjakan mengejut dalam matematik, sains dan semua subjek setelah jalani BISM.

Keterangan gambar :
Kiri : Luqman mampu selesaikan banyak masalah matematik sekolah menengah, sepertimana dipamir semasa sesi penutup BISM di Kuala Terengganu pada 13hb Jun yang lalu. Di samping itu, Luqman didapati ingat ratusan input saintifik dan rumus matematik, matematik tambahan dan fizik.
Kanan : Luqman bersama ibunya, Naiemah Faezah, guru SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: