Eishah bt Abd.Manaf

“Lepas BISM anak-anak jadi lebih fokus dan kuat pick-up..”

Advertisements

Eishah bt Abd.Manaf, dan terima teks menerusi Whatsapp yang antara kandungannya ialah :

“Kami miliki empat anak. Saya bersama anak sulung, Muhammad Afif, dan anak kedua, Nadhiratul Amirah, ikuti BISM di Kuantan pada 2010. Sebelum jalani BISM, mereka tidak minati Matematik dan sukar selesaikan masalah. Namun selepas jalani BISM mereka jadi lebih fokus dan kuat pick-up. Amirah duduki tempat pertama (10A1) dengan Matematik mencapai markah kedua tertinggi dalam kelas. Anak sulung pula belajar di Maahad Tahfiz dan kebanyakan keputusan peperiksaan beliau capai tahap Band 5 PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).”

“Anak ketiga saya kini di Tahun 3 dan yang keempat akan ke Tahun 1 tahun 2014. Suatu hari ketika saya buka buku teks Tahun 3 Unit Pertama (m.s.11), anak saya akan belajar ‘Darab Wang’ sedangkan dia belum lancar darab 2 dan 3. Saya terus ingat kaedah Mokhdar yang saya ikuti dalam BISM dulu. Saya suruh mereka kuasai sebutan angka dalam kaedah Mokhdar dan sekarang mereka sedang tekun menguasai darab 1 hingga 9.”

“Darab ini dapat dibaca dalam masa kurang 20 saat² sahaja dan menggunakan hanya 5 minit, mereka sudah ulang-sebut darab ini puluhan kali oleh itu terus bersemangat dan seronok melakukannya kerana ia tidak meletihkan sama sekali.”
“Saya harap dapat ikuti lagi program ini bersama anak-anak untuk lancarkan lagi kemahiran mereka dalam mengurus input saintifik seperti input sejarah, geografi, kimia, biologi, fizik, matematik dan matematik tambahan di tahap lebih tinggi dalam persekolahan dan pengajian mereka.”

“Dalam UPSR, Afif dapat 4A1B dan Amirah dapat 5A. Jazakallahu khairan kasira, terima kasih Mokhdar.”

Puan Eishah bt Abd.Manaf adalah guru agama di SMK Pekan, Pahang, manakala suami, En.Nor Hamizi b Jamaluddin, adalah Penolong Pengarah (Bahagian Dakwah), Jabatan Agama Islam Pahang. ²Info oleh Mokhtar Hj Mansor : Kini keseluruhan darab 0 ke 12 boleh disebut dalam masa lebih kurang 5 saat sahaja.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: