Cikgu Nazaruddin Muda

“Dalam PMR dia hanya mampu dapat 2A dan 2B dan yang lainnya C ke bawah. Namun setelah ikuti BISM, dalam SPM dia dapat 7A 1B..”

Advertisements

Cikgu Nazaruddin Muda, 45, guru di SMK Seri Nilam, pernah ikuti wacana dan demonstrasi Mokhdar di SMK Tok Jiring kira-kira 16 tahun yang lalu. Beliau dan isteri, Cikgu Zainah Roslan, 45 (kini bertugas di Kolej Vokasional Kuala Terengganu), amat risau dengan prestasi anak-anak yang lemah dalam pelajaran.

“Dulu isteri saya selalu termenung memikirkan prestasi lemah anak-anak kami, dan selalu berkata yang kami perlu lakukan sesuatu untuk hasilkan perubahan untuk anak-anak.”

Sebab itu bila BISM dijalankan di Pasir Panjang pada 2008, beliau dan isteri hantar anak-anak, yang adik di tingkatan dua SMK Tok Jiring dan kakaknya di Tingkatan 4 aliran vokasional. Tujuan utama hantar kakak adalah untuk temankan adiknya.

Kini beliau dan isteri bersyukur kerana anak-anak telah alami perubahan yang amat banyak.

“Dalam PMR dia hanya mampu dapat 2A dan 2B dan yang lainnya C ke bawah. Namun setelah ikuti BISM, dalam SPM dia dapat 7A 1B. Biasanya pelajar dari aliran vokasional sambung pelajaran ke politeknik tetapi dia kini belajar di UiTM Dungun dalam bidang perakaunan dan setiap sem dapat Anugerah Dekan.

Begitu juga adiknya yang alami perubahan yang amat ketara dan amat confident hinggakan mampu beri bimbingan matematik kepada sepupunya.

*Catatan berdasarkan kepada kenyataan yang diberi oleh Cikgu Nazar kepada Mokhtar Hj Mansor sendiri di SMK Seri Nilam pada 30hb Januari 2013

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: