Badrul Hisham b Mad Ghani

“Dulu selalu termenung fikirkan prestasi anak-anak. Kini syukur kerana anak-anak amat banyak berubah..”

Advertisements

En.Badrul Hisham b Mad Ghani, dari Manir, Kuala Terengganu, baru-baru ini berkejar dari Besut pulang ke Manir untuk bertemu Mokhtar dalam satu sesi seminar / bengkel pengenalan Mokhdar agar tidak terlepas peluang ikuti penerangan dan seterusnya daftar anak-anak untuk jalani BISM di Kuala Terengganu dari 22hb ke 28hb Mac nanti.

Beliau yang merupakan seorang kakitangan Petronas di Paka memberitahu, “Anak saya, Ahmad Hafizi Safwan, masa di sekolah rendah dulu lemah dalam pelajaran. Subjek lain o.k. tapi matematik selalu gagal. Saya dapat tahu kakak ipar saya ikuti BISM dan beritahu saya yang dia rasa syukur kerana dapat ikuti program itu dan mahu ajar anak-anak dia praktik kaedah Mokhdar. Saya minta dia ajar anak saya sama. Anak saya selalulah ke rumah dia belajar Mokhdar dari dia.”

“Tak lama lepas itu saya lihat anak saya terus alami perubahan mengejut, dari gagal terus dapat A dan hingga sekarang terus dapat A. Dalam PMR baru-baru ini dia juga dapat A untuk Matematik dan Sains dan sekarang dia di Ting.4 Sekolah Menengah Teknik di Wakaf Tembusu. Semasa di rumah saya lihat dia terus praktik kaedah ini dan suruh dia ajar adik-adik dia. Bagaimanapun katanya dia tak begitu tahu macam mana nak jadikan adik-adiknya cekap dengan kaedah ini. Sebab itu, di samping mendaftar anak-anak, saya sendiri mahu turut jalani program seminggu ini. Jika saya tak dapat cuti, isteri saya pula yang akan ikuti program ini.”

Ditanya tentang prestasi anak-anak kakak ipar beliau, Badrul memberitahu, “Anak-anak dia semuanya o.k. dalam pelajaran. Matematik dan Sains semuanya o.k.. Sebenarnya kakak ipar saya beritahu yang dia akan turut hadir hari ini, tapi tak tahulah kenapa dia tidak ada di sini petang ini. Mungkin ada hal lain.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: