Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar akan meningkatkan secara dramatik kuasa otak (minda) di dalam menyimpan, memproses dan mengakses maklumat

Advertisements

Kaedah ini akan meningkatkan secara dramatik akan kuasa otak (minda) di dalam menyimpan, memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum, bagi semua perkara yang berbentuk, bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. Sebagai contoh, kecekapan menyimpan maklumat sifir asas sifar hingga sembilan dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 68×62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau lapan tahun menggunakan masa yang sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator, alat tulis, alat bantuan mengira atau sebagainya.

Kesan daripada penggunaan kaedah ini akan dapat dilihat dalam masa yang amat pantas malah dalam banyak kes, boleh dilihat serta-merta. Misalnya, terdapat antara 20% ke 30% peserta berusia antara enam ke tujuh tahun, yang dibudayakan dengan Mokhdar advance dalam masa enam ke tujuh hari (dalam masa tersebut, fakta asas matematik iaitu jadual asas bagi darab dan tambah, dimantapkan ke dalam minda peserta, juga menggunakan Mokhdar), setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari berikutnya, mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and figure di dalam subjek pecahan, algebra, pecahan algebra, mengaplikasikan rumus, menukar rumus menjadi perkara rumus (serta sebaliknya), menyelesaikan masalah dalam hukum indeks, persamaan linear, persamaan kuadratik, trigonometri (misalnya mencari nilai sisi hipotanus di dalam sesuatu segi tiga menggunakan teorem Pitagoras dsb), dan sebagainya.

Jika 20% ke 30% daripada anak kecil dalam usia tersebut mampu memahami dan menyelesaikan masalah sedemikian, mengaplikasikan kaedah dan program ini, tentulah masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di tahap dua sekolah rendah, dan pelajar menengah rendah dan menengah atas serta pelajar di tahap yang lebih tinggi malah di universiti bakal mampu menangani masalah pembelajaran subjek matematik (dan matematik tambahan) serta yang bersifat matematik seperti fizik, perakaunan, statistik, kejuruteraan, ekonomi, survey, kejuruteraan, kaji bahan dsb dengan jauh lebih mudah dan berkesan.

Di dalam subjek-subjek sains pula, kemampuan mengurus dan menyimpan maklumat-maklumat saintifik seperti seperti sifat fizik unsur, persamaan tindakbalas dalam respirasi aerob, respirasi anaerob, fotosintesis, penghasilan kalium klorida menerusi tindakbalas di antara kalim permanganat dengan asid hidroklorik, kandungan kolestrol dan serat di dalam makanan, ketinggian gunung-gunung tertinggi di dunia, sifat-sifat fizik planet seperti jarak dengan matahari, panjang diameter, suhu di permukaan dsb, jadual yang mengandungi tarikh-tarikh penting seseorang tokoh atau personaliti, urutan peristiwa sejarah seperti dasar pemerintahan British di Tanah Melayu di antara 1919 hingga 1938, akan menghasilkan lonjakan dramatik di dalam prestasi seseorang pelajar atau pekerja, sama ada pekerja profesional atau pekerja di dalam kumpulan sokongan.

Pastikan anda dan setiap orang yang anda sayang dengan memiliki kemahiran ajaib ini dengan memiliki buku-buku dan bahan-bahan mengenai kaedah ini, atau untuk lebih afdal atau untuk memiliki kemahiran ajaib ini dalam masa yang singkat, hadiri atau hantar setiap orang yang anda sayang mengikuti program bengkel intensif yang kami adakan.

Program ini kini dijalankan dengan secara yang lebih profesional dan lebih sempurna dan bakal menjadi the turning point yang akan mengubah seorang bakal kerani menjadi bakal seorang doktor, jurutera atau peguam, dan paling tidak, dari seorang yang fobia angka dan simbol menjadi seorang yang amat tajam mindanya di dalam menguruskan fakta-fakta matematik dan sains.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: