Kesan beramal dengan Kaedah Mokhdar

“Minda peserta menjadi amat mesra dan ceria dengan angka, simbol, ungkapan dan ayat mathematical kerana hampir setiap angka, simbol, ungkapan dan ayat mathematical mempunyai konotasi tertentu yang bertindak sebagai mneumonic yang menyegar dan menyamankan minda peserta walaupun dalam menguruskan input-input yang bagi orang lain amat kompleks, membosankan, meletihkan dan membebankan minda sehingga mengurangkan kemampuan untuk menguruskan subjek-subjek lain walaupun subjek-subjek lain tersebut biasanya amat disenangi dan diminati..”

Advertisements

Setelah minda peserta di ‘program’kan secukupnya dengan kaedah Mokhdar, kesan berikut akan dapat dilihat serta-merta :

1. Peserta mengalami lonjakan kekuatan memori, sama ada memori yang disimpan secara spontan atau dihafal, yang berpuluh malah beratus kali ganda lebih kuat daripada sebelumnya. Sebab itu fakta-fakta seperti di atas boleh diingat berpuluh malah beratus kali lebih mudah walaupun oleh adik kecil yang berusia enam tahun. Sebab itu juga, bagi pengamal Mokhdar, input-input seperti nombor telefon, nombor fail, bilangan peruntukan perundangan, statistik, nombor pendaftaran, nombor fail, nombor kad pengenalan client atau patient, nombor keanggotaan polis atau tentera, dsb, boleh di simpan secara spontan (tanpa dihafal) dalam jumlah ratusan malah ribuan atau puluhan ribu. Sudah tentu kemampuan ini meningkatkan produktiviti seseorang sama ada dia adalah seorang pelajar atau pekerja, sama ada dia seorang pekerja sokongan atau seorang profesional.

2. Kelajuan mengakses kepada input yang tersimpan di dalam minda peserta meningkat berpuluh malah beratus kali ganda lebih laju. Sebab itu ramai adik kecil dalam usia enam tahun pun mampu memahami dan menyelesaikan masalah fact & figure yang biasanya di ajar di tahap menengah rendah malah menengah atas. Kelajuan mengakses dan memproses input ini juga membolehkan sesiapa sahaja, walaupun adik kecil yang berusia antara lima ke enam tahun, mencongak bagi mencari jawapan bagi operasi seperti 67 x 9; 47 x 8, menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih pantas daripada orang yang menggunakan kalkulator. (Didapati bahawa pelajar normal berusia 8 tahun, jika sebutan Mokhdar benar-benar mantap di dalam mindanya, mampu mencongak dengan kepantasan melebihi kelajuan penggunaan kalkulator bagi operasi sehingga dua digit didarab dengan dua digit, misalnya 67 x 48; 66 x 66; 89 x 28). Manakala bagi operasi tambah dan tolak, ia adalah jauh lebih mudah dan Nurul Hidayah, anak Mokhtar Hj Mansor yang boleh dikatakan merupakan ‘bahan eksperimen’ ayahnya (kini seorang eksekutif akaun di Public Mutual, anak syarikat Public Bank, mampu mencongak mencari jawapan bagi misalnya; 7894 + 6784; 56789 + 324; 67 + 43 + 456 + 2.4, dsb sejak beliau berada di dalam Tahun 3.

3. Minda peserta menjadi amat mesra dan ceria dengan angka, simbol, ungkapan dan ayat mathematical kerana hampir setiap angka, simbol, ungkapan dan ayat mathematical mempunyai konotasi tertentu yang bertindak sebagai mneumonic yang menyegar dan menyamankan minda peserta walaupun dalam menguruskan input-input yang bagi orang lain amat kompleks, membosankan, meletihkan dan membebankan minda sehingga mengurangkan kemampuan untuk menguruskan subjek-subjek lain walaupun subjek-subjek lain tersebut biasanya amat disenangi dan diminati. Ini memberi sumbangan tambahan kepada fakta kenapa pelajar-pelajar kecil mampu memahami dan menyelesaikan masalah-masalah matematik dan sains di tahap yang jauh lebih tinggi daripada yang biasanya disasar bagi mereka.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: