Sertai Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar

The arts of the Kaedah Mokhdar boleh dimiliki dengan dua cara utama, pertama ialah pendedahan dan amalan yang berterusan, kedua ialah menerusi Bengkel Intensif

Advertisements

Bagi setiap bidang ilmu, sama ada ilmu yang paling simple misalnya menyalakan api menggunakan gores api, sehinggalah ilmu yang amat komplikated seperti menentukan kelajuan yang perlu dicapai oleh roket untuk keluar daripada daya graviti bumi, dan ketepatan orbit dan perjalanannya agar ia boleh selamat sampai ke bumi dengan bumi yang sentiasa bergerak mengorbit matahari (pada kelajuan 72360 km satu jam) dan berputar pada paksinya (pada kelajuan satu putaran untuk 24 jam putaran), belum lagi dikira kelajuan pergerakan the milky way, di mana bumi dan matahari berada di dalamnya, yang bergerak menuju ke arah contellation Leo pada kelajuan 600 km satu saat, terdapat dua pecahan yang perlu dilaksanakan. Pecahan pertama ialah sainsnya, dan pecahan kedua ialah seninya atau the artsnya.

Kaedah Mokhdar adalah sains yang amat mudah sungguhpun tidak semudah ilmu menyalakan api menggunakan gores api. Dengan membaca akhbar, melihat TV atau mendengar radio, malah mendengar cerita/taklimat dari kawan-kawan atau Mokhtar sendiri, anda hanya mendapat sainsnya. Anda sokong kaedah ini, yakin dengannya, dan bersetuju bahawa sebutan yang pendek adalah jauh lebih mudah diingat daripada sebutan yang panjang. Sebagai contoh, ambil seorang anak kecil berusia satu ke satu setengah tahun. Sebut ‘two two four’ (tiga suku kata) dengan ‘dua dua empat’ (enam suku kata). Mana yang lebih mudah diingat oleh anak kecil tersebut? (Malangnya oleh kerana tidak ada arts bahasa Inggeris lantaran keluarga jarang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, semakin membesar anak itu akan menjadi semakin sukar mengingat perkataan di dalam bahasa Inggeris malah semakin sukar menyebutnya – lantaran faktor environment telah melepasi atau override faktor kependekan perkataan yang disebut tadi).

Untuk memanfaatkan kaedah Mokhdar sebaik mungkin bagi menghasilkan prestasi sebaik mungkin untuk anda sama anda adalah seorang anak atau seorang ibu atau bapa, pelajar atau guru/pensyarah, pekerja atau majikan, kakitangan sokongan atau eksekutif, pemimpin atau yang dipimpin, adik atau abang/ kakak, dan sama ada anda terlibat dalam bidang guaman, perubatan, kejuruteraan, perakaunan, polis, tentera, pegawai/kakitangan penjara, diplomat atau sebagainya, anda perlu memiliki seni kaedah Mokhdar (the arts of the Kaedah Mokhdar).

The arts of the Kaedah Mokhdar boleh dimiliki dengan dua cara utama, pertama ialah pendedahan dan amalan yang berterusan, kedua ialah menerusi Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar yang dijalankan oleh Mokhtar Hj Mansor atau dijalankan di bawah seliaan beliau sendiri. Untuk maksud mewujudkan pendedahan dan amalan yang berterusan, ibu bapa mesti mempraktikkan Mokhdar 1 & 2 di rumah di sepanjang masa apabila berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan angka dan simbol mathematical, dan memaksa anak-anak menghafal operasi matematik asas di dalam sebutan Mokhdar 1 & 2, di samping semakin mereka mantap dengan sebutan tersebut, mampu menterjemahkan sebutan pendek tersebut ke dalam bahasa lain, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris atau lain-lain (mengikut keperluan komunikasi dengan pihak lain). Malangnya, tanpa the arts of educating children using the Mokhdar method yang setakat ini hanya boleh dimiliki hanya dengan menghadiri bengkel atau kursus yang dijalankan untuk tujuan berkenaan, ini juga sukar dilakukan oleh ibu bapa.

Cara kedua yang lebih berkesan dan mampu memperlihatkan hasil atau kesan serta merta ialah dengan mengikuti bengkel intensif kaedah Mokhdar yang dijalankan dari masa ke semasa, dan dari satu tempat ke satu tempat, dengan pengarah programnya adalah Mokhtar Hj Mansor sendiri manakala pembantu-pembantunya terdiri daripada isteri dan anak-anaknya serta tutor-tutor yang dilatih khusus untuk tujuan tersebut. (60% daripada waktu yang digunakan untuk melatih ibu bapa, guru, pekerja, pelajar tingkatan empat ke atas dan pelajar universiti diisi dengan slot latihan oleh Mokhtar Hj Mansor sendiri). Hantar anak-anak, adik-adik, pelajar-pelajar atau diri anda sendiri untuk mengikuti program Bengkel Intensif ini.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: