Ustazah Rohaiza bt Abd Rahman

“Selepas balik, selama beberapa ketika, tak nampak sangat perubahan Izzah. Tetapi hampir setahun kemudian, kami mulai nampak perubahan demi perubahan yang berlaku hingga sedar-sedar,  Izzah sudahpun merupakan pelajar cemerlang sekolah iaitu sekolah tempat saya mengajar. Izzah beritahu yang dia mulai rasai kecemerlangan dirinya sejak mulai menghayati dan menggunakan kaedah Mokhdar yang dipelajarinya dalam bengkel seminggu tersebut.”

Advertisements

gt ustaz suruh berhenti hafal… hinggakan ustaz suruh berhenti buat seketika kerana dia telah hafaz 10 juzuk sedang rakan-rakan baru 6 juzuk.

Ustazah Rohaiza bt Abd Rahman, mengajar di di SK Permatang Badak, memberitahu Mokhtar, antara lain :

“Dulu saya sentiasa baca iklan dan artikel tentang Mokhdar di akhbar-akhbar dan menyimpan cita-cita mahu hantar anak jalani program ini. Nur Izzah Ulya, anak kami, memang gigih belajar tetapi tidak begitu cemerlang. Saya bincang dengan suami mahu hantar beliau ikuti program Mokhdar, tetapi beliau tidaklah begitu yakin, ‘Betulkah boleh berubah?’, tanya beliau. Mahu tak mahu, beliau setuju – apa salahnya mencuba. Kami hantar Izzah ke pusat latihan Mokhdar di Rawang dan tinggalkan Izzah seminggu di sana.”

“Selepas balik, selama beberapa ketika, tak nampak sangat perubahan Izzah. Tetapi hampir setahun kemudian, kami mulai nampak perubahan demi perubahan yang berlaku hingga sedar-sedar,  Izzah sudahpun merupakan pelajar cemerlang sekolah iaitu sekolah tempat saya mengajar. Izzah beritahu yang dia mulai rasai kecemerlangan dirinya sejak mulai menghayati dan menggunakan kaedah Mokhdar yang dipelajarinya dalam bengkel seminggu tersebut.”

“Kawan-kawan saya mulai bertanya kenapa Izzah begitu cemerlang khususnya dalam matematik dan sains, sedangkan saya dan suami bukanlah cekap matematik. Suami saya, Dr.Mohd Zawawi b Zainal Abidin, Naib Presiden (Akademik) Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KISAS), bukanlah lulusan bidang matematik. Beliau lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, mendapat ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan PhD dari UKM, semuanya dalam bidang berkaitan agama. Saya beritahu mereka, jika mahu anak melonjak cemerlang dalam pelajaran, hantarlah anak jalani Bengkel Mokhdar. Saya sarankan ini kepada mereka sejak dua tiga tahun lepas, tak percaya, tanya kawan-kawan saya.”

“Sekarang Izzah belajar di Tingkatan Dua, Maahad Tahfiz Pahang di Tanjung Lumpur. Izzah merupakan antara pelajar paling cemerlang di Maahad tersebut. Dalam hafazan, ustaz suruh Izzah berhenti menghafal buat sementara kerana dia telahpun hafaz 10 juzuk sedang rakan-rakan baru hafal 6 juzuk. Pastinya ini berlaku kerana Izzah miliki banyak masa yang terluang lantaran matematik, sains dan subjek-subjek lain terlalu mudah diuruskan kerana dia praktikkan Mokhdar. Sebab itu, disebabkan faktor ingatan yang kuat yang terbina dengan mempraktik Mokhdar, Izzah punyai banyak tenaga dan masa dan ini digunakan untuk menghafal al-Quran.”

“Baru-baru ini saya lihat dia tampal tulisan ‘saya mahu jadi pakar matematik’ di biliknya.  Saya yakin ramai yang akan alami pengalaman seperti Izzah jika berpeluang ikuti bengkel Mokhdar. Mudah-mudahan perjalanan Mokhtar mengembangkan kaedah ini untuk agama, bangsa dan negara akan dipermudahkan Allah Subhanawataala. Bayangkan, daripada pelajar yang dulu lemah matematik kini cemerlang matematik.”

Ditanya tentang faktor-faktor lain yang membantu melonjakkan prestasi Izzah, Rohaizah menjawab, “Yang saya tahu, saya tak pernah hantar Izzah ikuti mana-mana program pun selain dari program Mokhdar.  Jadi, apa lagi faktor lain yang mahu saya katakan selain daripada faktor kaedah Mokhdar, yang telah membantu Izzah mengikuti dengan jauh lebih berkesan akan apa yang diajar oleh guru-gurunya.”

Perbualan Mokhtar dengan Ustazah Rohaiza turut disertai oleh Cikgu Zubaiyah bt Mohd Zahari, guru Bahasa Malaysia yang turut mengajar Izzah semasa Izzah belajar di sekolah itu dahulu. Beliau mengesahkan segala kata-kata Rohaiza di samping menceritakan tentang keselesaan beliau dan guru-guru lain mengajar Nurul Izzah.

(Gambar dan kenyataan dirakam pada 2hb Feb 2015)

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: