Ustaz Jamil Haris bin Abdul Rahim

“Memang berlaku perubahan yang besar terhadap mereka selepas pulang dari BISM. Misalnya, sebelum sertai bengkel, Fakhrurrazi tidak pernah cecah A dalam matematik dan sains. Namun lepas sertai bengkel ini, dia sentiasa dapat A. Dia juga jadi amat minat dengan sains. Dalam kehidupan seharian, dia lebih suka ikuti dokumentari sains daripada hal-hal lain. Movie pilihannya juga movie sains. Dia paling minat movie tentang angkasa lepas.”

Advertisements

gt USTAZ SK PANDANKenyataan Ustaz Jamil Haris bin Abdul Rahim, dari SK Pandan, Kuantan, yang diberi pada 6hb Ogos 2015 :

“Saya dan isteri, Zulfar bt Syafyan, guru di SK Kg Belukar, hantar dua anak, Fakhrurrazi, kini 12, dan Muham- mad Hanif, kini 9, jalani BISM pada 2013. Turut sertai mereka ialah anak adik saya, Muhammad Zakhir b Sofyan , yang sebaya dengan Fakhrurrazi. Semuanya belajar di sekolah yang sama tempat saya mengajar iaitu SK Pandan.”

“Memang berlaku perubahan yang besar terhadap mereka selepas pulang dari BISM. Misalnya, sebelum sertai bengkel, Fakhrurrazi tidak pernah cecah A dalam matematik dan sains. Namun lepas sertai bengkel ini, dia sentiasa dapat A. Dia juga jadi amat minat dengan sains. Dalam kehidupan seharian, dia lebih suka ikuti dokumentari sains daripada hal-hal lain. Movie pilihannya juga movie sains. Dia paling minat movie tentang angkasa lepas.”

“Bagaimanapun saya lihat perkembangan sepupu mereka tidak begitu menonjol. Mungkin sebabnya ialah Zakhir tinggal dengan emak saya, oleh itu tidak ada sparing partner yang boleh mantapkan penggunaan kaedah ini. Mungkin setelah ikuti ceramah En.Mokhtar tadi, dia akan bersemangat dan mengaktifkan penggunaan Mokhdarnya kerana saya lihat ramai peserta lain, yang walaupun ikuti program ini sendirian dan bila pulang ke rumah tidak punyai sparing partner seperti Fakhrurrazi dan adiknya malah saya sendiri, prestasi mereka juga melonjak dan lonjakan itu berterusan.”

“Saya rasa pelajar di Kuantan amat bertuah kerana berpeluang ikuti bengkel ini di Kuantan pada cuti September dan November nanti, jadi tidak perlulah berbelanja tinggi seperti saya menghantar anak-anak  dan sepupu mereka ke Rawang. Saya sendiri akan hantar anak-anak saya dan sepupu mereka ikuti susulan BISM di sini.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: