Ustaz Ahmad Zamzamiri b Ahmad

“Asalnya kami sama-sama lemah matematik, malah prestasi dia dengan saya adalah lebih kurang sama sahaja. Bagaimanapun tiba-tiba sahaja dia jadi pelajar cemerlang, bukan sahaja dalam matematik tetapi semua subjek lain, jauh mengatasi saya.”

Advertisements

gt ARWAHSebelum itu, prestasi arwah dengan saya lebih kurang sama sahaja. Namun tiba-tiba sahaja arwah jadi pelajar cemerlang !!

Kenyataan oleh Ustaz Ahmad Zamzamiri b Ahmad, 38, dari SK Semambu, pada 4hb Ogos 2015 :

“Saya rasa bertuah kerana dapat berjumpa dan bersalam dengan Mokhtar Hj Mansor, pengasas Kaedah Mokhdar, pada pagi ini kerana telah lama saya harap dapat bertemu dan berbual dengan Mokhtar.”

“Saya rasa begitu kerana telah lama saya sanjung kaedah cetusan ilham beliau ini setelah melihat perubahan arwah adik saya dalam pelajaran selepas saya lihat dia asyik usung buku Mokhdar, waktu itu berkulit hijau, semasa dia di sekolah rendah dulu.”

“Waktu itu saya belajar di sebuah sekolah menengah di Kuantan dan arwah bersekolah di SK Bukit Sekilau. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Jengka, Maran.”

“Asalnya kami sama-sama lemah matematik, malah prestasi dia dengan saya adalah lebih kurang sama sahaja. Bagaimanapun tiba-tiba sahaja dia jadi pelajar cemerlang, bukan sahaja dalam matematik tetapi semua subjek lain, jauh mengatasi saya.”

“Dia dihantar oleh ayah kami jalani Bengkel Seminggu Mokhdar yang dijalankan di Kuantan masa itu. Setelah ke SMK Seri Jengka, sekali lagi dia didedahkan dengan ceramah Mokhdar oleh Mokhtar sendiri.”

“Dia sentiasa menjadi pelajar top di sekolah. Saya lihat dia tidaklah beri tumpuan sangat kepada subjek matematik malah juga matematik tambahan kerana kedua subjek ini merupakan subjek terlalu mudah baginya.”

“Dalam peperiksaan-peperiksaan yang didudukinya, dia sentiasa dapat straight A sehinggalah akhirnya diterima masuk ke Asasi Sains, Universiti Malaya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.”

“Allah Yang Maha Penyayang lebih sayangi adik saya. Arwah meninggal setelah ditimpa pokok yang tumbang semasa ikuti program anjuran Universiti Malaya di Slim River. Adik saya itu, Nadia Rasmimi bt Ahmad, yang lahir pada 22hb Feb 1979, meninggal pada 1997 pada usia 18 tahun.”

Catatan penulis :
Semoga Allah Yang Maha Berkuasa mencucuri rahmat ke atas roh Nadia Rasmimi bt Ahmad dan menempatkan beliau di kalangan hamba-hambaNya yang dikasihi, amin.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: