Shamsul Bahri Abd Razak

“Tahniah kerana telah berjaya mendidik dan memandaikan ramai anak bangsa..” Shamsul Bahri Abd Razak. Associate Professor, Universiti Malaysia Terengganu

Advertisements

gt prof shamsul“Tahniah kerana telah berjaya mendidik dan memandaikan ramai anak bangsa..”
Shamsul Bahri Abd Razak
Associate Professor, Universiti Malaysia Terengganu
microscopy – plant cell biology – botany – polymer – nanotechnology

Saya telah menghantar 2 orang anak saya (ketika itu Syazli Adam (13 tahun) dan Syazrul Harris (10 tahun) menghadiri program BISM pada November 2011 pada mulanya untuk meningkatkan kemahiran matematik masing-masing. Setelah pulang peningkatan pelajaran mereka berdua terutama subjek matematik terus ketara. Syazrul Harris yang mulanya tidak minat dan paling perlahan di dalam menerima ilmu matematik juga telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap subjek tersebut. Justeru, pada bulan Disember 2011 saya telah menghantar mereka berdua ikuti program susulan. Abang mereka Muhamad Syazwan (ketika itu 15 tahun di MCKK) juga kali ini turut serta. Semenjak itu, Alhamdulillah ketiga-tiga sentiasa mendapat A di dalam subjek matematik . Dengan semangat dan motivasi yang tinggi, pada bulan Mac 2012 sekali lagi, Syazli Adam dan Syazrul Harris menghadiri program khas BISM (kali ke-3) bagi menggilap lagi kemahiran analatikal mereka.

Saya dapati semenjak hadiri program BISM anak-anak saya tidak lagi gentar atau gerungt prof shamsul family dengan nombor. Malah dari segi keperibadian mereka saya nampak tahap keyakinan dan juga ‘self-esteem’ juga meningkat. Ini dapat dilihat apabila mereka selalu jadi bahan rujukan ketika di sekolah-sekolah yang mereka hadiri (Syazli Adam telah berpindah dari Sekolah S. M. Subang Bestari, Selangor ke S.M. Sultan Sulaiman, KT dan seterusnya MRSM K . Terengganu manakala Syazrul Harris dari S.K. Subang Bestari, Selangor ke S.K. Gong Badak dan Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiah, Terengganu)). Syazrul Harris yang begitu minat sekali dengan matematik telah beberapa kali menyatakan hasrat beliau untuk terus fokus mendalami ilmu matematik dan bercita-cita suatu hari nanti akan menjadi pakar matematik.

Saya juga nampak keseronokan mereka apabila sesama mereka selalu saling berlawan menguji kemahiran matematik masing-masing menggunakan kaedah Mokhdar. Saya juga selalu menguji mereka dengan memberi ‘ganjaran’ jika mereka dapat menjawab soalan matematik komplek dari saya dalam masa singkat dan mereka menjawab dengan mudah. Malah semua pin-pin nombor streamyx, Unifi, P1 termasuk juga nombor-nombor kad kredit dan akaun bank saya dan isteri) mereka hafal dan ingat dengan senang. Saya nampak perubahan cara berfikir anak-anak saya meningkat setelah mereka menguasai beberapa kaedah BISM. Cara mereka menyelesaikan masalah (problem solving) juga meningkat dan nampak lebih matang. Saya berbangga dengan pencapaian mereka kerana saya sendiri tidak mempunyai kemahiran tersebut. Malah peluang sebegini memang tidak ada di  zaman saya. Saya sememangnya mengsyorkan kepada semua ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak masing-masing meningkatkan potensi mereka dengan  menghadiri program BISM. Kali ini di Terengganu, Syazli Adam, Syazrul Harris begitu teruja sekali untuk kuti program BISM ke-4 mereka. Isteri dan anak bongsu saya (8 tahun) akan  turut serta buat pertama kalinya InsyaAllah.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: