Salma Che Ali

“Alia amat lemah matematik, dalam ujian dan peperiksaan biasanya dapat D atau E. Sebaik pulang dari bengkel ini dia terus dapat B dan selepas itu sentiasa dapat A hinggalah sekarang. Dalam UPSR Alia dapat 5A..”

Advertisements

gt buku teks dalam mindaKeseluruhan kandungan buku-buku teks tersimpan dalam memorinya!!

“Pada 2007 saya dan suami, Mohd.Raji Khalid, hantar anak-anak, Alia, ketika itu Tahun 3, Sekolah Asia Pacific Smart School, Shah Alam, dan adiknya, Fatihah, ketika itu Tahun 2 di sekolah yang sama, ikuti Bengkel Intensif Seminggu Mokhdar di Pusat Latihan Mokhdar di Rawang. Alia amat lemah matematik, dalam ujian dan peperiksaan biasanya dapat D atau E. Sebaik pulang dari bengkel ini dia terus dapat B dan selepas itu sentiasa dapat A hinggalah sekarang. Dalam UPSR Alia dapat 5A. Sekarang Alia belajar di Ting.3 di sekolah yang sama.”

“Adik Alia pula, .sekarang di Ting.2. juga masih di sekolah yang sama, walaupun sememangnya telah pun merupakan seorang pelajar cemerlang, namun, selepas ikuti bengkel ini, kami dapati dia miliki kemampuan yang pada pengamatan kami, amat luar biasa. Hingga kini dia merupakan pengguna tegar kaedah Mokhdar dan kandungan kebanyakan buku-buku teks sekolahnya hampir semuanya disimpan di dalam memorinya.”

“Baru-baru ini dia menyuruh saya menguji memorinya terhadap kandungan buku teks sejarah, geografi, sains dan agama Islam. Memang sah bahawa dia hafaz keseluruhan kandungan buku-buku tersebut, termasuk muka surat di mana terdapatnya sesuatu topik atau subjek itu. Saya risau kalau-kalau dia mendera dirinya menghafal buku-buku teksnya. Dia meyakinkan saya yang dia tidak lakukan begitu kerana dia mudah ingat dan faham apa yang dibaca tanpa perlu  menyiksa diri menghafal atau mentelaah sehingga tidak punyai masa untuk berehat, menonton, bersukan atau sebagainya – kebolehan yang dimilikinya selepas hadiri bengkel seminggu semasa di Tahun 3 dahulu.”

“Saya yakin dengannya kerana dia memang aktif sukan dan ko-kurikulum dan punyai ramai rakan, namun dalam pada itu, sejak balik dari bengkel Mokhdar, tidak pernah dapat nombor lain selain nombor satu.”

“Saya tidak mahu adik-adik mereka ketinggalan, maka saya hantar adik-adik mereka pula. Malah beberapa orang anak saudara saya telah dihantar ke program ini atas syor saya. Demi bangsa dan negara, saya harap Mokhtar akan terus tabah berjuang mengetengahkan kaedah ini sehingga ia diterima untuk dijadikan agenda melonjakkan pencapaian pelajar-pelajar kita.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: