Rozita bt Isa

“Saya tak cakap tapi dia beritahu saya yang ada kalanya, ketika ditanya tentang operasi matematik, ada kalanya Dasuki tersasul menyebut sesuatu yang tidak difahami, seakan bahasa alien, sebelum menjawab dalam BM atau BI. Bagaimanapun PK SK Rengah Bekah, Kuala Terengganu, Cikgu Norhayati, tahu yang Dasuki sebenarnya gunakan kaedah Mokhdar dan dia juga amat berminat untuk belajar kaedah ini.”

Advertisements

gt rengas bekasDari tempat tercorot (24 pelajar) ke tempat kedua

Puan Rozita bt Isa, 37, dan suami, Mohd. Nashruddin Hussain, 38, berniaga di Pasar Borong Gong Perahu, Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Selain katering, pasangan ini juga membuat dan membekal cendol, nasi dagang dsb. Pada cuti seminggu Ogos 2009,  beliau hantar anak, Ahmad Dasuki, ketika itu 11 tahun, ikuti BISM yang turut dijalankan di Kuala Terengganu. Perkembangan Dasuki macam tak masuk akal, dari kedudukan antara tempat tercorot dalam kelas melonjak ke tempat kedua. Ini menghairankan Cikgu Aziz, yang bertanya kepada Rozita akan rahsia Dasuki.

“Saya tak cakap tapi dia beritahu saya yang ada kalanya, ketika ditanya tentang operasi matematik, ada kalanya Dasuki tersasul menyebut sesuatu yang tidak difahami, seakan bahasa alien, sebelum menjawab dalam BM atau BI. Bagaimanapun PK SK Rengah Bekah, Kuala Terengganu, Cikgu Norhayati, tahu yang Dasuki sebenarnya gunakan kaedah Mokhdar dan dia juga amat berminat untuk belajar kaedah ini.”

“Peningkatan Dasuki bukan hanya dalam matematik tetapi juga semua subjek lain. Dasuki juga mengajar adik-adiknya dan kelancaran Aiman, 5,  dikagumi guru-guru tadikanya.”

Pada 28hb Mac 2014, ketika ditemui selepas selesai sesi penutup BISM yang turut disertai oleh anak bongsu beliau, Rozita menceritakan kepada Mokhtar betapa seorang daripada gurunya di SK Rengah Bekah dulu, telah menghubunginya dan menyatakan rasa terkilan terhadapnya setela terbaca kenyataan Rozita di akhbar-akhbar tempatan pada 2010 dahulu.

“Seolah-olah kami guru-guru sekolah ini tidak berbuat apa-apa dalam perubahan mendadak yang dialami oleh Dasuki sehinggakan Mokhdar yang  mendapat nama, kata guru itu.

Sememangnya info ini mengejutkan Mokhtar sendiri kerana ia tidak seharusnya berbangkit. Lainlah jika sekolah tersebut mencapai lonjakan mengejut di tahap daerah, negeri atau kebangsaan dan tiba-tiba kaedah Mokhdar yang dijadikan sebab bagi lonjakan tersebut. Sedangkan apa yang berlaku ialah Dasuki, daripada tempat tercorot (No.24) ke tempat kedua. Dengan rakan-rakan, guru-guru, pentadbiran, kelas dan sekolah yang sama, tiba-tiba Dasuki melompat mengejut ke tempat kedua, sudah pastilah ada faktor lain yang menghasilkan lonjakan sedemikian. Tidak ada faktor lain yang ditemui oleh Rozita selain daripada faktor kehadirannya ke BISM.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: