Nur Hamizi bin Jamaludin

“Kod minda yang paling baik, paling pantas dan dapat muatkan paling banyak input mathematical dan saintifik ialah kod Mokhdar.” Ustaz Nur Hamizi bin Jamaludin,
Juara Pencetus Ummah Astro Oasis 2016

Advertisements

gt hamizi juara pencetus ummah“Mereka tidak minat matematik dan sukar selesaikan masalah. Namun selepas jalani Bengkel Mokhdar, mereka jadi lebih fokus dan kuat pick-up”

Puan Eishah bt Abd Manaf, guru di SMK Pekan, dan suami, Ustaz Nur Hamizi bin Jamaludin, Penolong Pengarah (Bahagian Dakwah), Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, menghantar whatsapp yang berbunyi :

“Kami miliki empat anak. Saya bersama anak sulung, Muhammad Afif, dan anak kedua, Nadhiratul Amirah, ikuti BISM di Kuantan pada 2010. Sebelum jalani BISM, mereka tidak minati Matematik dan sukar selesaikan masalah. Namun selepas jalani BISM mereka jadi lebih fokus dan kuat pick-up. Amirah duduki tempat pertama (10A1)   dengan Matematik mencapai markah kedua tertinggi dalam kelas. Anak sulung pula belajar di Maahad Tahfiz dan kebanyakan keputusan peperiksaan beliau capai tahap Band 5 PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).”

“Anak ketiga saya kini di Tahun 3 dan yang keempat akan ke Tahun 1 tahun 2014. Suatu hari ketika saya buka buku teks Tahun 3 Unit Pertama (m.s.11), anak saya akan belajar ‘Darab Wang’ sedangkan dia belum lancar darab 2 dan 3.  Saya terus ingat kaedah Mokhdar yang saya ikuti dalam BISM dulu. Saya suruh mereka kuasai sebutan angka dalam kaedah Mokhdar dan sekarang mereka sedang tekun menguasai darab 1 hingga 9.”

“Darab ini dapat dibaca dalam masa kurang 20 saat² sahaja dan menggunakan hanya 5 minit, mereka sudah ulang-sebut darab ini puluhan kali oleh itu terus bersemangat dan seronok melakukannya kerana ia tidak meletihkan sama sekali.”

“Saya harap dapat ikuti lagi program ini bersama anak-anak untuk lancarkan lagi gt hamizi juara familykemahiran mereka dalam mengurus input saintifik seperti input sejarah, geografi, kimia, biologi, fizik, matematik dan matematik tambahan di tahap lebih tinggi dalam persekolahan dan pengajian mereka.”

“Dalam UPSR, Afif dapat 4A1B dan Amirah dapat 5A. Jazakallahu khairan kasira, terima kasih Mokhdar.”

Dalam pertemuan dengan Mokhtar pada 2015 (beberapa tahun selepas menghantar anak-anak mengikuti  program Mokhdar) di pejabat beliau di Jabatan Agama Islam Pahang di Pekan, Ustaz Nur Hamizi menyatakan,

20150401_135849“Antara makanan yang terbaik untuk kesihatan dan kecergasan minda ialah buah kurma dan kismis. Minuman yang paling baik ialah air zam-zam. Namun minda yang sihat juga memerlukan kod atau bahasa minda yang setanding dengan ketangkasan minda. Kod minda yang paling baik, paling pantas dan dapat memuatkan paling banyak input mathematical dan saintifik ialah kod Mokhdar. Saya berkata demikian kerana saya pernah hantar isteri dan anak-anak saya sendiri ikuti program ini dan ternyata ia amat berkesan. Sebab itu saya sering syorkan dalam ceramah-ceramah saya supaya ibu bapa menghantar anak-anak menjalani program ini.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: