Nur Ain

“Bagi saya, Kaedah Mokhdar sangat membantu dalam melonjakkan kecekapan pelajar bagi semua kategori dari yang paling pandai ke yang paling lemah dan pendekatan Mokhdar amat senang dan seronok..”

Advertisements

GT PETROSAINS“Saya dengan kakak dan adik ikuti Bengkel Mokhdar semasadi Tahun 2 (2001). Mulanya saya enggan ikuti program tersebut kerana saya amat tidak sukai matematik. Saya punyai masalah mengira dan menghafal darab. Setelah ikuti program Mokhdar selama seminggu di Bukit Setongkol, Kuantan, saya kuasai darab dengan mudah dan dapat mengira pantas. Keputusan matematik saya meningkat. Saya gunakan Mokhdar untuk hafal sifir namun dari situ saya mudah ingat angka dan saya amalkan hingga ke hari ini. Bagi saya, Kaedah Mokhdar sangat membantu dalam melonjakkan kecekapan pelajar bagi semua kategori dari yang paling pandai ke yang paling lemah dan pendekatan Mokhdar amat senang dan seronok.”

”Setelah berkerja lebih 6 bulan di Petrosains, banyak program yang  kami anjurkan untuk memberi pembelajaran sains dan matematik secara percuma kepada masyarakat Kuantan khususnya, melalui pendekatan “hands on” yang menarik. Penganjuran program “Math Carnival 2015” pada 28hb Julai ke 2 Ogos 2015 merupakan satu program untuk menarik minat pelajar berbangsa Melayu khususnya untuk meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran matematik. Oleh itu, Kaedah Mokhdar merupakan satu pengisian yang amat sesuai dengan program ini kerana ia lebih kepada hands on dan bukan hanya belajar dengan mendengar. Saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai Kaedah Mokhdar dengan masyarakat lain kerana saya yakin Kaedah Mokhdar merupakan satu wadah yang amat efisien dalam meningkatkan minat terhadap matematik dan sains, sebab itu kami jemput Encik Mokhdar memberi taklimat menerusi stage-show dan booth yang kami sediakan untuk Mokhdar.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: