Adam

“Dalam ujian penggal pertama di Tahun 4, Adam dapat nombor 1!  Macam tak percaya, dalam pada itu saya sebak – terharu. Sejak itu hanya sekali Adam dapat nombor 2, selainnya semua nombor 1, dengan Matematik sentiasa 100%.”

Advertisements

gt Pahpura“Adam lahir tak cukup bulan, alami hypoxia, biru lebam seluruh tubuh masa lahir. Sebab itu Adam tidak secergas adiknya, Azim. Dalam kelas biasa dapat nombor 9 atau 10. Matematik sekadar B. Bila baca iklan tentang BISM yang dijadualkan seminggu di KB pada Disember 2011, saya hantar Adam, sekadar mencuba. Masa itu Adam di Tahun 3.”

“Dalam ujian penggal pertama di Tahun 4, Adam dapat nombor 1!  Macam tak percaya, dalam pada itu saya sebak – terharu. Sejak itu hanya sekali Adam dapat nombor 2, selainnya semua nombor 1, dengan Matematik sentiasa 100%.”

“Cikgu-cikgu di sekolah terkejut – sebab ledakan keputusan matematiknya terlampau tinggi berbanding rakan-rakan, dan berbanding prestasi Adam sebelum- nya. Sampaikan guru matematiknya, Cikgu Hasnah, bertanya akan rahsia Adam. Adam beritahu yang dia hadiri BISM, dan pinjamkan cikgu buku Mokhdar. Cikgu Hasnah baca tapi tak faham, dan berkali-kali minta Adam mengajarnya. Akhirnya Adam beritahu beliau, yang jika ajar pun, cikgu tak akan faham dan cikgu kena hadiri sendirii.”

“Di awal Tahun 5, kami tukarkan Adam ke sekolah agama, bagaimanapun 7 bulan kemudian kami pindah-kan Adam ke sekolah tersebut semula dan rakan-rakan sekelas bersorak gembira menyambut kepulangan Adam.”

“Dalam UPSR baru-baru ini, cikgu menyemak bersama Adam jawapan yang Adam beri, didapati untuk kertas 1, jawapan Adam ialah tepat 40/40 tetapi untuk kertas 2,  Adam salah untuk satu soalan. Memang A dalam tangan, namun disebabkan soalan UPSR bocor, seperti semua calon lain, Adam terpaksa duduki sekali  lagi. Namun Adam tidak risau kerana matematik adalah subjek mainan (forte subject) baginya.”

“Kami dapati sejak hadiri BISM, Adam jadi amat fokus dan prestasinya dalam semua subjek lain melonjak tinggi. Tidak sebagaimana di Tahun 1, 2 dan 3 dulu, kini Adam antara pelajar yang paling cemerlang.”

“Sebenarnya sebelum ini kami tidak mahu dedahkan rahsia Adam walaupun ramai rakan-rakan yang bertanya tentangnya, kerana kami khuatir yang perubahan mendadak Adam hanya bersifat sementara. Tiga tahun kami simpan rahsia. Tetapi kini, selepas dapati yang prestasi Adam terus mantap, rasa bersalah pula jika tidak didedahkan kepada rakan-rakan. Lebih- lebih lagi kami mahu hantar adik Adam pula. Adam memang ajar adiknya kaedah ini, tetapi manakan sama dengan program anjuran pengasasnya sendiri.”

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: