Abdul Salim bin Abdul Samad

“Prestasi matematik anak sulung kami, Muhd.Luqman, agak lemah. Kami hantar dia jalani BISM di Sungai Petani pada 2010 semasa dia di Tahun 4. Selepas itu dia alami peningkatan memberangsangkan, bagaimanapun ledakan prestasinya berlaku semasa di Tahun 5 – dari tangga ke 30 melonjak ke tangga ke 3. Di Tahun 6 dia dipindahkan ke kelas terbaik dan mencatat keputusan top-ten dalam setiap ujian dan peperiksaan. Dalam UPSR 2012, Luqman dapat 5A..”

Advertisements

gt batu lanchangKenyataan oleh pasangan guru, Abdul Salim bin Abdul Samad, 44, Penolong Kanan Pentadbiran di Kolej Vokasional Batu Lanchang, dan isteri, Rohani bt Abdul Malik, guru BI di SK Sungai Nibong, P.Pinang, yang dibuat semasa menghantar anak-anak ikuti BISM di Sungai Petani pada 14hb Dis 2013 yang baru berlalu. Lokman dan Nurul jalani program advance dan adik-adik mereka jalani program asas.

(Catatan :

Pada awal 2016, Abdul Salim telah dipindahkan ke Kolej Vokasional Kajang menjadi Pengarah Kolej tersebut. Dalam pertemuan dengan Mokhtar pada Jun 2016, beliau memaklumkan yang anak-anak beliau sebagaimana yang dinyatakan di bawah, Muhd.Luqman, sedang belajar di Maktab Rendah Sains MARA Baling manakala adiknya, Nurul Qathinah, belajar di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.)

“Prestasi matematik anak sulung kami, Muhd.Luqman, agak lemah. Kami hantar dia jalani BISM di Sungai Petani pada 2010 semasa dia di Tahun 4. Selepas itu dia alami peningkatan memberangsangkan, bagaimanapun ledakan prestasinya berlaku semasa di Tahun 5 – dari tangga ke 30 melonjak ke tangga ke 3. Di Tahun 6 dia dipindahkan ke kelas terbaik dan mencatat keputusan top-ten dalam setiap ujian dan peperiksaan. Dalam UPSR 2012, Luqman dapat 5A”.

“Setelah melihat perkembangan positif Luqman, pada 2011 kami hantar pula Nurul Iman Qathinah, adiknya, jalani BISM yang dijalankan di P.Pinang. Lepas itu dia lompat  ke tempat pertama sedang sebelumnya kedudukannya adalah antara paling bawah dalam ujian dan peperiksaan, malah pernah di tempat ke 40! Dalam peperiksaan selepas itu dia di tempat kedua.”

“Bagaimanapun, di ambang peperiksaan penggal akhir persekolahan 2013, Qathinah tidak serius sama sekali dalam persediaannya. Dia mengadu yang dia tidak mahu dipindahkan ke kelas pertama di Tahun 6 kerana pelajar di kelas pertama Tahun 6 tidak boleh ‘main-main’ sama sekali dan dikehendaki belajar dengan serius sepenuhnya.”

“Sebagai kanak-kanak, dia tidak suka terlampau serius. Untuk mengelak daripada dimasukkan ke kelas pertama di Tahun 6 nanti, dia tidak serius dalam persediaan malah menjawab sambil lewa dalam peperiksaan. Dia duduki tangga ke 9.”

“Sebenarnya pelajar di kelas pertama dan kelas kedua terbaik sekolah mereka iaitu SK Batu Lanchang, semuanya dianggap calon potensi 5A UPSR kerana sekolah itu adalah sekolah top-ten UPSR negeri. Semua anak kami, termasuk Luqman sebelum ini, bersekolah di situ.”

“Keputusan kami membuat pelaburan dengan menghantar anak jalani program Mokhdar adalah keputusan yang tepat  kerana ilmu yang anakanak kami peroleh telah membantu mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan dapat pula digunakan dalam menjalani kehidupan mereka seterusnya.”

Keterangan gambar :

Dari kiri : Muhammad Luqman Lutfillah, Rohani, Nurul I’lmi Qathinah, Nurul Iman Qathinah, Abdul Salim dan Muhammad Aqil Lutfillah. Gambar dan kenyataan dirakam pada 14hb Dis‘13.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: