Fatihah bt Maznan

Semuanya berubah setelah mengikuti taklimat Mokhdar dan mengaplikasikan kaedah Mokhdar walaupun pada tahap yang paling asas. Sejak itu bukan sahaja ayah Fatihah berpuas hati dengan kepantasannya menjawab setiap soalan yang ditanya, tetapi juga mengalami transformasi daripada sering gagal dalam ujian Matematik kepada sentiasa dapat A dalam ujian bagi subjek tersebut sehinggalah tamat persekolahan

Advertisements

gt fatihahCik Fatihah bt Maznan, 35, guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah, Tanjung Mas, memaklumkan betapa beliau mengalami lonjakan kecemerlangan dalam subjek Matematik setelah mendengar ceramah pendedahan kaedah Mokhdar oleh pengasas Kaedah Mokhdar di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur semasa di Tahun 3 dahulu.

Ibu dan ayahnya sememangnya amat memberi penekanan terhadap subjek Matematik malah hampir setiap petang kena soal tentang fakta asas Matematik. Bagaimanapun sejak bersekolah sehinggalah berkesempatan mengikuti ceramah tersebut, Fatihah selalu gagal dalam ujian Matematik di sekolah.

Semuanya berubah setelah mengikuti taklimat Mokhdar dan mengaplikasikan kaedah Mokhdar walaupun pada tahap yang paling asas. Sejak itu bukan sahaja ayah Fatihah berpuas hati dengan kepantasannya menjawab setiap soalan yang ditanya, tetapi juga mengalami transformasi daripada sering gagal dalam ujian Matematik kepada sentiasa dapat A dalam ujian bagi subjek tersebut sehinggalah tamat persekolahan.

Apa yang membanggakannya ialah bila adiknya, Siti Farhanim bt Manan, yang juga bersekolah di sekolah yang sama (kini di Tahun 6), diberitahu oleh Cikgu Ismail, guru Matematik adiknya yang juga guru Matematik beliau dulu, yang Fatihah merupakan pelajarnya yang amat terror dalam Matematik semasa menjadi guru Matematiknya dulu.

Sejak mengalami sendiri transformasi tersebut, beliau sentiasa mencari-cari peluang untuk mengikuti bengkel Mokhdar bagi memantapkan penguasaannya terhadap kaedah ini agar dapat dapat memanfaatkannya sepenuhnya, malangnya peluang tersebut tidak pernah dimiliki. Oleh itu beliau berharap agar ramai ibu bapa akan menghantar anak-anak menjalani bengkel ini terutama bila Mokhtar iaitu pengasas Kaedah Mokhdar sendiri yang akan berada bersama membimbing sendiri dan mengawasi perjalanan bengkel. Malah beliau sendiri berhasrat untuk mengikuti bengkel ini agar dapat memanfaatkannya untuk melonjakkan pencapaian anak bangsa dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains, untuk turut sama menyumbang kepada pengembalian kegemilangan tamadun Islam serta kemajuan bangsa dan negara.

(Kenyataan dan gambar diberi / diambil pada 6hb Nov 2012)

Gambar :
Cik Fatihah bt Maznan, 35, guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah, Tanjung Mas, Kota Bharu.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: