Muhammad Danializam Bin Hasri

“Sebenarnya saya tak nak masuk pun bengkel tu tapi mak ayah saya paksa. Akhirnya saya terpaksa mengalah. Semasa hari pertama bengkel, saya merasa sangat malu dan segan kerana tak kenal sesiapa pun kat sana..”

Advertisements

Muhammad Danializam Bin HasriMuhammad Danializam Bin Hasri
Cheras, Kuala Lumpur
17 Tahun

“Saya mula belajar tentang Kaedah Mokhdar ni ketika menyertai Bengkel Intensif Seminggu Mokhdar pada tahun 2011. Masa tu umur saya 15 tahun. Sebenarnya saya tak nak masuk pun bengkel tu tapi mak ayah saya paksa. Akhirnya saya terpaksa mengalah. Semasa hari pertama bengkel, saya merasa sangat malu dan segan kerana tak kenal sesiapa pun kat sana. Tapi saya mula rasa seronok semasa ikut semua aktiviti di dalam bengkel dengan kawan-kawan baru..”

“Mak ayah suruh masuk kursus ni sebab mereka sungguh-sungguh nak baiki percapaian saya di dalam pelajaran yang masih tak memuaskan. Lagi pun tahun tu saya ada PMR. Syukur sangat-sangat, selepas amalkan Kaedah Mokhdar dan mempraktikkannya sepanjang masa, saya dapat keputusan cemerlang..”

“Sekarang lepas 2 tahun, saya masuk balik Bengkel Intensif Seminggu Mokhdar untuk tingkatkan kefahaman dan kemahiran serta belajar silibus Mokhdar yang terbaru.  Saya berazam untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan bertawakkal bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini..”

Temuramah ini diadakan pada 8 Jun 2013 di Rawang, Selangor.

Related posts:

Advertisements
Advertisements