Shaik Abdul Rahim bin Shaik Akbar

“Antara yang menyumbang kepada pemilihan kerjaya saya adalah kaedah Mokhdar. Saya hadir ke Bengkel Sehari Kaedah Mokhdar yang dijalankan di sebuah sekolah di Bahau sewaktu di Ting. 5 dulu..”

Advertisements

gt shaikh & noridah

Nota perjalanan Mokhtar Hj Mansor

Pada 31hb Mac 2017, saya dijemput berbicara dalam program Bicara Mokhdar yang merupakan antara acara Pesta Buku Jempol dan Jelebu 2017, anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, di SMK Seri Jempol. Sempena kehadiran, penyelaras program yang menjemput saya, Tuan Shaik Abdul Rahim bin Shaik Akbar, Guru Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia di SMK Alam Beraja, telah mengatur satu lagi sesi bicara Bicara Mokhdar untuk pelajar-pelajar di sekolah beliau pada 30hb Mac.

Apa yang menarik tentang Shaik ialah, semasa bersekolah di ting. 4 dan 5 di zaman persekolahan dulu, beliau sebenarnya adalah pelajar aliran sastera. Ketika saya bertanya, bagaimana pula beliau menjadi Guru Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, yang merupakan subjek-subjek untuk pelajar dari aliran sains tulin, beliau mendedahkan,

“Antara yang menyumbang kepada pemilihan kerjaya saya adalah kaedah Mokhdar. Saya hadir ke Bengkel Sehari Kaedah Mokhdar yang dijalankan di sebuah sekolah di Bahau sewaktu di Ting. 5 dulu.”

Saya tidak bertanya lebih lanjut, tetapi apa yang didedahkan oleh Shaik mengingatkan saya kepada Puan Noridah bt Abdul Aziz, bekas pelajar SMK Lui Barat, Bahau (1996). Beliau yang menjemput saya ke Kolej RISDA Melaka pada 3hb Nov 2007, adalah Pensyarah Matematik dan Statistik di Kolej tersebut.
Dalam sesi pelancaran oleh Pengarah Kolej, beliau telah memaklumkan kepada hadirin yang terdiri daripada para pelajar dan pensyarah, betapa beliau telah alami lonjakan dari pelajar yang amat lemah dalam Matematik menjadi pelajar paling cemerlang dalam subjek tersebut setelah ikuti Bengkel Sehari Mokhdar di SMK Lui Barat pada awal 1997, ketika di Ting. 5.

Menurut Noridah, beliau dapat Gred D dalam Matematik UPSR dan PMR. Semasa di Ting. 4, dengan bimbingan guru matematik yang berdedikasi dan kreatif, beliau meningkat ke gred C3. Bagaimanapun prestasi beliau benar-benar melonjak selepas ikuti Bengkel Mokhdar dan mempraktik kaedah ini, walaupun apa yang dipraktik hanyalah kaedah Mokhdar tahap asas.

Related posts:

Advertisements
Advertisements
%d bloggers like this: